You Complete Me
You Complete Me
Al-Khaliq sememangnya maha sempurna daripada segala kekurangan. Maka amat mustahil bagi Allah menciptakan sesuatu tanpa sebab dan sia-sia. Begitu juga halnya dengan realiti berpasang-pasangan.
Ungkapan klasik imam al Ghazali menyatakan, ‘lelaki sembilan akal dan satu nafsu manakala perempuan pula sembilan nafsu dan satu akal’. Dalam buku bertajuk “Aku Terima Nikahnya”, penulisnya, Ustaz Hasrizal Jamil menyatakan bahawa, beliau lebih memilih untuk menterjemahkan kata-kata imam al Ghazali sebagai, “lelaki sembilan logik dan satu emosi manakala perempuan sembilan emosi dan satu logik”.
Ini merupakan antara hasil rujukan beliau terhadap suatu buku, “Mens Are From Mars, Women Are From Venus”, John Gray.
Maka tidak perlu untuk sesiapa pun merasa janggal dengan hak talak yang ada pada tangan lelaki, tidak pada perempuan. Ini adalah lebih rasional selari dengan kelebihan seorang lelaki untuk lebih berhati-hati pada setiap tindakan, dan hanya bertindak, untuk menjatuhkan talak sebagai contoh, selepas berfikir dan mengkaji berdasarkan logik, tidak berdasarkan emosi.
Pertanggungjawaban terhadap lelaki bergelar suami juga besar dengan urusan mencari nafkah, mengurus hal rumah tangga, merangka ekonomi jangka masa panjang dan sebagainya. Semua lebih kepada keperluan logik.
Walaupun dikatakan perempuan itu lebih beremosi berbanding lelaki, ia tetap menjadikan suatu kelebihan buat seorang perempuan. Dengan emosi yang terdidik, seorang perempuan tidak mengeluh untuk melahirkan anak biarpun telah merasa peritnya pada kali pertama sebelumnya. Pasti lelaki manapun menggelengkan kepala jika diberikan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak.
Perempuan juga amat bertanggungjawab terhadap anak-anak contohnya, biarpun anak-anak tadi minta disusukan pada tengah malam. Ia amat tabah dan cekal menghadapi segala karenah anak dan suami, tidak pula pernah jemu menyediakan juadah harian biarpun hal itu dilakukan berulang-ulang setiap hari. Memang besar pengorbanan mu wahai ibuku.
Namun, pernah juga terjadi apabila emosi yang tidak terdidik mula menguasai diri hinggakan logik tidak lagi dihiraukan. Kejadian-kejadian isteri mengamuk, membebel atau hingga berani meminta cerai walaupun puncanya hanya secebis. Elok sekali disusul adat-adat suami isteri, agar hidup berkeluarga tadi lebih terbimbing.
Bagi suami yang faham emosi isterinya melebihi emosi seorang lelaki sebanyak sembilan kali ganda, pasti tidak akan bergurau senda perkara-perkara yang mampu mengguris hati kekasihnya itu. Apatah lagi mengacah-acahnya dengan poligami tanpa keperluan.
Jadi, kata orang, cemburu seorang isteri menunjukkan kasih pada suaminya. Suami perlu menerima dengan baik keadaan isterinya yang cemburu berbatas itu. Ia mungkin lebih perlu untuk merasa risau apabila isterinya langsung tidak cemburu pada tingkahnya.
“Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki” (al Hadith).
‘You complete me’ – realiti hubungan suami isteri.
Wallahua’lam.
Leave a Reply
5 thoughts on “You Complete Me”
wanita memang tidak dapat lari dari rasa cemburu…orang kata cemburu tanda sayang…tanda kasih pada seseorang itu….
Adakalanya cemburu tanda sayang, adakalanya cemburu tanda benci… Tentu sekali pada saya cemburu buta itu bukanlah tanda sayang… tetapi tanda hilang kepercayaan pada pasangan.
kepercayaan itu pula wujud apabila pasangan suami isteri mewujudkan cinta Allah dalam kelurga.. perkara asas yang utama dalam pembinaan keluarga yang berpaksikan mawaddah, warahmah dan sakinah. percaya bahawa pasangan kita selalu dijagai Allah..
“sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri” kata P Ramlee.
Kalau lidah tergigit, tahanlah sakit itu. Jangan bising-bising. Nak cakap susah, lidah dah sakit. Kalau parah sangat, barulah bertanya pada mereka yang arif tentang itu. Minta nasihat. Jangan tanya pada juruterbang, tanyalah pada doktor.
Begitu juga sinonim berkeluarga. Sikit-sikit, tahanlah. Jangan mengadu pada semua orang. Kecuali pada ‘doktor’.
bukan cemburu buta yang saya maksudkan….tidak salah rasanya seorang isteri terdetik rasa cemburu di hati pada sang suami….tapi tidak perlu lah sampai tahap cemburu buta….cemburu buta datang dari hasutan syaitan….sangat bahaya pada keharmonian rumahtangga….kepercayaan yang teguh pada pasangan membawa kepada keuntuhan kasih sayang suami isteri….