UTAMAKAN YANG UTAMA, KITA INI HAMBA ALLAH

UTAMAKAN YANG UTAMA, KITA INI HAMBA ALLAH

KIASAN

Tuah adalah seorang pengukir kayu yang berpengalaman. Hasilnya berita ini sampai kepada Sultan. Dalam masa yang sama Sultan sudah lama teringin untuk membuat satu bangku kayu yang penuh dengan ukiran Melayu. Maka Sultan telah menjemput Tuah pergi ke istana.

Baginda telah melayan Tuah dengan amat baik sekali. Baginda telah meminta Tuah membuat satu bangku kayu daripada kayu meranti untuk baginda letakkan di istana. Baginda akan mengupah Tuah dengan upah yang tinggi. Tuah merasa bangga dan setuju atas tawaran baginda.

Sebelum pulang daripada istana baginda mengingatkan sekali lagi bahawa baginda inginkan bangku kayu tersebut daripada kayu meranti.

Sampai di rumah, Tuah melihat banyak lagi kayu cengal yang ada dan memang cukup untuk dibuat bangku. Berdasarkan pengalaman Tuah yang berpuluh-puluh tahun dalam bidang pengukiran kayu serta pertukangan ini, Tuah amat faham bahawa kayu cengal jauh lebih baik daripada kayu meranti. Lalu Tuah telah memilih untuk membuat bangku tersebut daripada kayu cengal.

Selepas sebulan, Tuah telah pergi ke istana untuk mempersembahkan bangku kayu cengal serta ukiran yang cantik sekali. Sultan telah menjemput Tuah masuk ke istana. Namun jauh di wajah baginda, baginda kecewa dengan pemilihan kayu tersebut. Baginda masih ingat bahawa baginda telah mengingatkan beberapa kali untuk Tuah memilih kayu meranti.

Sebenarnya apa yang telah dilakukan oleh Tuah, seorang tukang ukir dan tukang kayu tersebut adalah salah. Walaupun pada hemah dia bahawa kayu cengal adalah jauh lebih baik, namun dia perlu ingat bahawa baginda Sultan adalah pelanggan dan juga baginda Sultan ini adalah raja. Dia berhak untuk memilih apa jua jenis kayu yang dia suka. Tuah sebagai seorang tukang kayu perlulah mengikut apa yang diminta oleh pelanggannya.

Begitulah contoh mudah apa yang berlaku sekarang ini. Banyak sekali golongan-golongan yang telah berbahas dalam menegakkan amalan-amalan yang tidak berlandaskan al-quran dan sunnah. Walaupun amalan-amalan tersebut bukanlah maksiat, namun kita kena ingat bahawa Allah yang menyuruh kita melakukan sekian dan sekian.

Maka keutamaannya adalah melakukan apa yang Allah suruh. Utamakan yang utama.

UTAMAKAN YANG UTAMA

Sebagai contoh untuk memahami isu ini, marilah kita lihat apa amalan yang utama dilakukan pada hari Jumaat. Antara amalan yang utama untuk dilakukan pada hari Jumaat adalah membaca surah Kahfi. Ini telah disuruh oleh nabi kita Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

Namun masih ramai yang marah apabila diajak untuk membaca surah Kahfi kerana bagi mereka membaca surah Yassin adalah lebih utama dan lebih mudah. Ini yang mesti kita ingat bahawa utamakan apa yang nabi suruh dahulu. Barulah ia benar-benar melambangkan kita cinta Nabi.

Begitu juga dalam amalan-amalan zikir. Amalkan zikir-zikir yang diajar oleh nabi dahulu. Begitu banyak zikir yang diajarkan oleh nabi belum sempat kita lakukan, tetapi dalam masa yang sama kita sibuk utamakan zikir-zikir yang lain. Sekarang mana lebih utama?

Utamakan yang utama.

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.