Telegram menyediakan fungsi Folder untuk user’s chat lebih teratur dan tersusun

Telegram menyediakan fungsi Folder untuk user’s chat lebih teratur dan tersusun

Telegram merupakan satu aplikasi yang setanding dengan WhatsApp, malah bagi saya ia adalah lebih baik daripada WhatsApp. Antara kebaikan Telegram adalah ia menyimpan chat kita di server, sama seperti email Gmail, Yahoo dan sebagainya. Maka sekiranya pengguna hendak menukar telefon, ia tidak menjadi beban kepada pengguna untuk copy data chat daripada phone lama ke phone yang baru.

Kini telegram telah menawarkan satu lagi fungsi yang baru iaitu menyediakan folder untuk pengguna menyusun chat secara teratur.

Folders yang membantu pengguna menyusun chat yang kian bertambah

Dengan adanya folder ini, saya dapat menyusun chats dengan tersusun mengikut priority. Ia dapat mengelakkan daripada terlepas pandang chat-chat yang penting.

Saya akan kongsikan cara yang ringkas untuk menyediakan folder ini. Pertama, berdasarkan gambar di atas, click button 3 lines di kiri atas.

Kemudian click “setting” – rujuk gambar di atas.

Kemudian, click “folders” – gambar di atas

Kemudian, click “create new folder” – gambar di atas.

Kemudian, akhir sekali kita boleh namakan folder tersebut, dan masukkan chats yang berkenaan – gambar di atas.

Sebenarnya, kini Telegram bukan sekadar tempat untuk chatting sahaja, malah ia menjadi satu tempat perkongsian ilmu-ilmu yang bermanfaat, sebaran umum seperti statistik covid-19 dan juga satu tempat untuk berdiskusi.

Semoga bermanfaat. Sekian.

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.