Browsed by
Tag: vaksin

Kesan Anti-Vaksin Kepada Anak Yang Tidak Berdosa

Kesan Anti-Vaksin Kepada Anak Yang Tidak Berdosa

ANAK TIDAK DIVAKSIN

Hasil daripada kajian ibubapa menggunakan internet, merujuk kepada perbualan serta hipotesis badan tidak professional, telah wujud satu kelompok yang menolak vaksin. Perkara ini telah menjadi isu besar, apabila ideologi anti-vaksin ini semakin membesar.

Maka, dengan ilmu yang terbatas itulah, terdapat ibubapa yang menghalang anak mereka daripada divaksin. Kesannya, pelbagai penyakit timbul kembali akibat lemahnya pertahanan diri anak-anak tersebut. Banyak penulisan-penulisan di media sosial berkenaan hal ini.

sumber bawah: facebook RoSConfession

TENTANG ANAK YANG TIDAK DIVAKSIN

Panggil aku Dr Rizal. Aku rasa terkilan dan benci pada orang yang tidak bertanggungjawab. Kesian anaknya tidak diberikan vaksin.

Ini adalah kisah aku dengan seorang ibu yang menolak vaksin. Angkara dia menolak perkara tersebut anaknya mengalami jangkitan kuman paru-paru yang teruk.

Aku adalah doktor yang kerja di Jabatan Kecemasan. Bagi sesiapa yang kerja di jabatan kecemasan mereka tahu yang merekalah orang yang pertama akan melihat pesakit. Samada pesakit itu dimasukkan ke dalam wad ataupun dilepaskan pulang ke rumah, ia bergantung kepada kami.

Kami diibaratkan sebagai orang dihadapan ketika pergi berperang. Kalau lapisan hadapan hancur, maka kalahlah perang tersebut.

So, ceritanya mula macam ini. Haritu aku kena jaga zon merah. Zon merah ni untuk pesakit yang kritikal sahaja. Contoh kalau datang tanpa sedarkan diri, kena sakit jantung, sesak nafas yang teruk dan sebagainya. Kalau pesakit yang biasa-biasa tu selalunya kena masuk zon hijau. Kalau separa kritikal masuk zon kuning.

Sebab tu dekat depan setiap jabatan kecemasan ada ‘triage’. Di ‘triage’ ini pesakit akan dikategorikan samada masuk zon merah, kuning ataupun hijau.

Aku ingat lagi waktu tu tengah hari, tinggal beberapa minit je nak tukar shift petang. Tiba-tiba aku nampak kelibat ibu berlari-lari bawak anaknya yang lembik ke triage.

Read More Read More