Browsed by
Tag: TELADAN

Hargai Ibubapa

Hargai Ibubapa

Tidak seorang pun yang lahir ke dunia ini melainkan mempunyai ibu dan bapa. Ibubapa amat besar jasanya kepada kita, yang pasti tidak akan terbalas sama sekali.

 

Terdapat banyak ayat-ayat QUR’AN menjelaskan kewajipan seorang anak dalam mentaati dan menghargai ibubapa.

وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٍ۬ وَفِصَـٰلُهُ ۥ فِى عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡڪُرۡ لِى وَلِوَٲلِدَيۡكَ إِلَىَّ ٱلۡمَصِيرُ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) – (Surah Luqman, ayat 14)

Dalam surah al Isra’, ayat 23, Allah telah berfirman yang bermaksud:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا‌ۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Uh”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)

Berbakti kepada kedua ibubapa

Rasulullah s.a.w pernah ditanyakan tentang kepada siapa yang utama untuk dibelanjakan harta mereka:

يَسۡـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ‌ۖ قُلۡ مَآ أَنفَقۡتُم مِّنۡ خَيۡرٍ۬ فَلِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ‌ۗ وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ۬

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya) – (Surah al Baqarah, ayat 215).

Read More Read More

Masuk Islam

Masuk Islam

Memang menyakitkan… Sebab ia soal hati. Sejak sekian lama, kita menerima kasih sayang seorang bapa dengan pengorbanan mereka, dengan kesabaran mereka dalam mendidik kita, zahir dan batin. Bagaimana mampu kita meminggirkan mereka. Tentu sekali, nama mereka diletakkan jauh di sudut hati, dalam sekali…

Apa yang menyakitkan itu?

Yang menyakitkan itu apabila ada orang yang meminggirkan mereka (seorang bapa), membelakangkan mereka.

Itulah antara satu perkara yang diada-adakan di Malaysia bagi mereka yang baru ‘convert’ kepada Islam. Mereka ‘dipaksa’ menukarkan nama kepada nama Islam yang biasa dipakai oleh masyarakat muslim Melayu. Mereka juga ‘dipaksa’ membuang nama ayah dan di ‘bin/binti’ dengan ‘ayah baru’ iaitu Abdullah.

Read More Read More

Diringankan Azab Kubur

Diringankan Azab Kubur

Diringankan Azab Kubur disebabkan pelepah tamar.

“Nabi s.a.w melalui dua buah kubur. Lalu Baginda bersabda:

“Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu-domba. Lalu Baginda mengambil pelepah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian? Baginda menjawab dan bersabda: “Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering”.

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebelum solat, dimestikan kita bersuci daripada hadas kecil dan hadas besar, juga bersih pakaian kita daripada najis. Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda seperti hadith di atas.

Ia menceritakan tentang dua orang yang diazab dalam kuburnya. “Adapun salah seorang daripada mereka, dia tidak bersih (tidak berjaga-jaga) daripada kencingnya.” (al Bukhari dan Muslim)

Rasulullah dengan kelebihan baginda, Allah telah memperdengarkan azab kubur tadi, dan apa yang telah Rasulullah telah lakukan adalah, Baginda mengambil pelepah tamar lalu memacakkan pada kubur tadi. Selagi mana pelepah tamar ini belum kering, maka diringankan azab kubur mereka berdua.

Wallahua’lam

rujukan: Kitab Fekah Mazhab Syafie (Jilid 1) bab syarat sah sembahyang. m/s 147.

Sedekah

Sedekah

Langkah-Langkah yang Harus Ditempuh

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata, Rasulullah saw. bersabda,

 “Setiap angota badan manusia diwajibkan mengeluarkan sedekah setiap hari di mana matahari terbit. “Para sahabat bertanya, “WahaiRasulullah, bagaimana kita dapat bersedekah?” Rasul menjawab, “Sesungguhnya pintu untuk berbuat baik itu sangat banyak. Bertasbih, bertakbir, dan bertahlil adalah sedekah; menyingkirkan duri dijalanan adalah sedekah; menolong orang tuli atau buta adalab sedekah; dan menunjukkan orang yang kebingungan, menolong dengan segera orang yang sangat memerlukan adalah sedekahmu terhadap dirimu.”

 

Pertama, Bertasbih, Bertakbir, dan Bertahlil

Ucapan tersebut adalah ucapan yang diungkapkan dengan lisan, rasa khusyu’ dalam hati, dan munajat kepada Allah agar seorang muslim tetap berhubungan dengan sang penguasa. Juga merupakan kekuatan yang dapat membantu untuk bersabar dan istiqamah.

Berdzikir merupakan ibadah yang dapat dilakukan setiap saat. la juga merupakan motor yang tiada henti-hentinya bergerak membersihkan jiwa dari berbagai kotoran. Orang yang berdzikir akan mendapatkan pahala yang amat besar.

Kedua, Menyingkirkan Duri di Jalan

Tatkala hukum dan ajaran Islam tegak di masyarakat, kita melihat bapak-bapak kita dan kakek-kakek kita rajin menyingkirkan batu, duri, atau tulang dari tengah jalan agar tidak mengganggu orang yang lewat. Jika mereka menemukan kertas bertuliskan ayat Al-Qur’an, hadits, atau huruf Arab, maka mereka memba-karnya atau menyimpannya.

Mereka menyapu depan rumah dan toko, serta membakar sampah yang sudah menumpuk. Itu semua mereka lakukan kerana didorong oleh satu faktor yaitu aqidah islamiah yang telah tertanam dalam hati mereka.

Tatkala kaum muslimin tidak mahu melaksanakan ajaran Islam, kita melihat tumpukan-tumpukan sampah di setiap tempat, lalat bertebaran di mana-mana, dan penyakit menyebar di setiap rumah.

Read More Read More