Browsed by
Tag: samak

Penggunaan Pekakas Dapur Orang Bukan Islam

Penggunaan Pekakas Dapur Orang Bukan Islam

Terutamanya bagi mereka yang hidup bersama keluarga non-muslim, atau satu bilik belajar di Universiti, pasti akan terlibat dalam hal ini. Berikut adalah huraian yang dipetik daripada Laman Mufti WPKL.

SOALAN:
assalamualaikum ustaz. apa hukum kita guna bekas makanan yang telah digunakan oleh non muslim untuk makan benda haram seperti babi dan arak?mohon pencerahan.terima kasih.

JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Hukumnya cukup kita basuh sahaja perkakas itu dengan air berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Tha`labah al-Khusyani yang bertanya kepada Baginda SAW:

إِنَّا نُجَاوِرُ أَهْلَ الْكِتَابِ وَهُمْ يَطْبُخُونَ فِي قُدُورِهِمُ الْخِنْزِيرَ وَيَشْرَبُونَ فِي آنِيَتِهِمُ الْخَمْرَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنْ وَجَدْتُمْ غَيْرَهَا فَكُلُوا فِيهَا وَاشْرَبُوا، وَإِنْ لَمْ تَجِدُوا غَيْرَهَا فَارْحَضُوهَا بِالْمَاءِ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا»
Maksudnya: “Sesungguhnya kami berjiran dengan Ahli Kitab. Mereka biasa memasak daging khinzir di dalam periuk-periuk mereka dan biasa meminum khamar di dalam bekas-bekas mereka. Rasulullah SAW menjawab: “Jika kalian dapat menggunakan (perkakas-perkakas) yang lain maka makan dan minumlah dalamnya. Jika kalian tidak dapat selainnya maka cucilah ia dengan air kemudian makan dan minumlah.” Riwayat Imam Abi Daud dalam Sunan-nya (3839)

Read More Read More