Doa Qunut Imam, Makmum Ketika Solat Berjamaah
Setiap Subuh, Doa Qunut akan dibaca, terutama pada mereka yang berpegang kepada sunatnya doa Qunut. Ada golongan yang berpegang kepada tidak sunat doa Qunut ini. Usah bertegang, kerana ia adalah masalah khilaf (perbezaan pandangan) dalam hal Fiqh yang dibenarkan.
Sekarang, bagi yang berpegang kepada sunatnya Doa Qunut dalam solat Subuh, hukum Doa Qunut ini adalah sunat Muakad. Ia adalah sunat yang amat dituntut, dan jika ditinggalkan, maka disunatkan untuk kita sujud Sahwi.
Apakah bacaan yang kerap atau menjadi amalan di tanah air kita ini? Mari kita lihat satu persatu:
اللهم اهدني في من هديت
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.وعافني فيمن عافيت
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.وتولني فيمن توليت
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.وبارك لي فيما أعطيت
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.وقني برحمتك شر ما قضيت
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.فإنك تقضي ولا يقضى عليك
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.وإنه لا يذل من واليت
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.ولا يعز من عاديت
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.تباركت ربنا وتعاليت
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggiفلك الحمد على ماقضيت
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.وأستغفرك وأتوب إليك
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Bacaan Doa Qunut serta makna, bacaan seorang – singular
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabatnya.
Dalam doa di atas ada 2 kategori: pertama ia adalah Doa (italic) dan kedua adalah puji-pujian/pernyataan (italic dan underline).
Dalam kategori pertama, imam akan membaca secara jahar (nyaring/kuat) dan makmum akan menyebut “Amin”. Dalam kategori kedua, imam akan membaca secara perlahan (sir), dan makmum akan ikut baca secara perlahan.
Sebagai imam, kita hendaklah tahu bahagian mana yang perlu dibaca secara Jahar dan bahagian mana perlu dibaca secara perlahan.
Begitu juga, kita sebagai makmum, bahagian mana perlu diaminkan doa Imam, dan bahagian mana perlu ikut dibaca secara perlahan.
Di bawah adalah doa Qunut untuk plural – ramai, dibaca ketika solat berjamaah:
اللهم اهدنا في من هديت
Doa Qunut – Berjamaah – Plural
وعافنا فيمن عافيت
وتولنا فيمن توليت
وبارك لنا فيما أعطيت
وقنا برحمتك شر ما قضيت
فإنك تقضي ولا يقضى عليك
وإنه لا يذل من واليت
ولا يعز من عاديت
تباركت ربنا وتعاليت
فلك الحمد على ماقضيت
نستغفرك ونتوب إليك
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Sedikit tambahan, adapun terdapat imam yang membaca keseluruhan doa Qunut ini secara Jahar (nyaring/kuat), dan makmum hanya perlu mengaminkan sahaja doa yang dibacakan oleh Imam. Aminkan hanya pada bacaan doa sahaja.
Wallahua’lam, semoga bermanfaat.