Browsed by
Tag: kwsp

KWSP Syariah – Penyucian dan Zakat

KWSP Syariah – Penyucian dan Zakat

Seperti mana yang kita sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP) telah memperkenalkan simpanan shariah. Ia memberi peluang kepada penyimpan muslim dan bukan muslim bagi menukarkan KWSP yang sedia ada kepada simpanan shariah. Saya percaya, ramai telah memilih untuk menyimpan dalam simpanan shariah. Sekiranya belum, daftarlah ke simpanan tersebut di mana-mana pejabat KWSP. Semoga kita semua diredhai Allah.

Terdapat beberapa persoalan berkenaan KWSP ini dan ia telah dijawab oleh mereka yang arif dalam bidang agama. Saya petik sedikit jawapan yang berkaitan daripada http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html.

Adakah terdapat sebarang perubahan terhadap polisi penamaan bagi Simpanan Shariah?

Penamaan bagi ahli Simpanan Shariah adalah sama seperti polisi penamaan yang sedia ada termasuklah penama bagi ahli beragama Islam, hanyalah bertindak sebagai wasi/pentadbir yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pembahagian simpanan KWSP ahli mengikut Syariah manakala penama bagi ahli bukan beragama Islam adalah pemilik mutlak/benefisiari, selaras dengan keputusan Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS).

Adakah KWSP akan membuat pembayaran zakat untuk simpanan ahli?

Adakah ahli perlu membayar zakat selepas membuat pengeluaran Simpanan Shariah?

Adakah kadar dividen yang diagihkan telah dikenakan zakat?

KWSP tidak akan mengeluarkan zakat ke atas simpanan KWSP ahli termasuk dividen kerana ahli KWSP tidak mempunyai pemilikan sempurna terhadap simpanan KWSP mereka yang merupakan salah satu syarat wajib mengeluarkan zakat.

Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) memutuskan pemilikan sempurna ahli KWSP ke atas simpanannya adalah apabila simpanan tersebut layak dikeluarkan dan boleh digunakan oleh ahli tanpa sebarang sekatan. Ahli KWSP beragama Islam wajib mengeluarkan zakat ke atas simpanan KWSP yang layak dikeluarkan sekiranya mencapai nisab (kadar minimum yang bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas).

Jenis-jenis pengeluaran yang tertakluk kepada pembayaran zakat adalah:

  1. Pengeluaran Umur 50 Tahun
  2. Pengeluaran Umur 55 Tahun
  3. Pengeluaran Meninggalkan Negara
  4. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan
  5. Pengeluaran Pesara PilihanPengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta

    Fatwa Kebangsaan

Sekiranya saya memilih Simpanan Shariah, adakah penyucian dividen perlu dibuat ke atas pendapatan tidak patuh syariah?

Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) telah memutuskan pertukaran ke Simpanan Shariah dikecualikan daripada penyucian dividen. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah diadakan pada 18 Ogos 2015 juga telah memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah.

Pautan ke: Keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Semoga bermanfaat. Wallahua’lam