Ziarah Kubur di Hari Raya – Perbincangan Hukum
Heboh beberapa hari yang lepas berkenaan hukum ziarah kubur pada hari raya Aidilfitri. Hal ini demikian kerana, hari raya merupakan suatu hari kegembiraan dan kemenangan ummat Islam dalam menjalani program ibadah sebulan di bulan Ramadhan.
Pandangan Dr Zulkifli al Bakri:
Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr Zulkifli al Bakri telahpun memberikan beberapa pandangan berkenaan hal ini.
Pertama: Hukumnya adalah makruh dan tidak dibenarkan dan tidak digalakkan bahkan ia dianggap bidaah. Ini kerana tiada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW menziarahi kubur pada hari raya. Bahkan Baginda SAW melayani tetamu dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain bagi menzahirkan kegembiraan.
Kedua: Hukumnya adalah harus. Ini kerana tidak ada perintah dan larangan secara khusus di samping mengambil pendapat umum berkenaan dengan perintah ziarah kubur. Justeru hukumnya adalah dibolehkan. Antara ulama yang berpendapat hukumnya sunat adalah dalam Fatawa al-Hindiyyah yang menyebut: Sebaik hari ziarah kubur antaranya hari raya. Lihat al-Fatawa al-Hindiyyah (6/350) Ini merupakan fatwa dalam mazhab Hanafi