Browsed by
Tag: harut

Kisah Harut dan Marut Bermaksiat Adalah Palsu

Kisah Harut dan Marut Bermaksiat Adalah Palsu

Ketika kuliah subuh pagi tadi, seorang ustaz telah mengajarkan berkenaan hati dan isinya amat bagus serta menyentap hati. Walau bagaimanapun terdapat banyak kisah-kisah yang boleh dipersoalkan.

Sebagai contoh, beliau telah menceritakan bahawa Harut dan Marut adalah 2 Malaikat yang telah berdosa kepada Allah berdasarkan cerita-cerita yang dikutip oleh beliau. Sedangkan pada awalnya, beliau telah menyatakan bahawa Malaikat-malaikat Allah ini dijadikan sebagai taat sepenuhnya akan segala perintah Allah. Beliau juga menyatakan pada awalnya bahawa kesesatan Syiah kerana mengatakan bahawa Jibril telah silap menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad, sedangkan wahyu tersebut sepatutnya dihantar kepada Ali r.a. Dan ini ditegaskan oleh beliau, telah melanggar prinsip bahawa Malaikat itu makhluk Allah yang sangat taat kepada Allah.

Di bawah merupakan petikan blog seorang ustaz yang menerangkan secara terperinci berserta rujukan berkenaan kisah Harut dan Marut untuk rujukan bersama. Sumber asal: http://bin-sahak.blogspot.com/2008/08/kisah-harut-dan-marut.html

Kisah Harut dan Marut yang sahih

Kisah Harut dan Marut yang kononnya telah meminum arak seterusnya kufur kepada ALLAH swt adalah kisah dusta. Kisah ini disebut di dalam sebahagian kitab ketika menafsirkan ayat 102 dari surah al-Baqarah. Dr. Mohammad bin Muhammad Abu Syahbah di dalam bukunya “al-Israiliyyat wa al-Maudhu’aat fi Kutub al-Tafsir” (Kisah-kisah Israiliyyat dan palsu di dalam kitab-kitab tafsir) menyenaraikan kisah tersebut sebagai salah satu daripada kisah-kisah Israiliyyat (dari orang-orang Yahudi) yang termasuk ke dalam kitab-kitab umat Islam.

Beliau menyenaraikan beberapa ulama yang menghukum kisah tersebut sebagai palsu, antaranya al-Imam Abu al-Farj bin al-Jauzi, al-Syihab al-‘Iraqi sehingga beliau mengatakan:

“Sesiapa yang beri’tiqad dalam kisah Harut dan Marut bahawasanya mereka berdua adalah malaikat yang diazab atas kesalahan mereka, maka orang itu kafir terhadap ALLAH yang maha Agung.”

Read More Read More