Penyakit Was-Was
Selamat Tinggal Was Was
Memang sukar sekali, jika diperhatikan mereka yang mengidap penyakit was-was ini. Paling mudah kita lihat ketika takbiratulihram. Berkali-kali mereka yang berpenyakit ini melafazkan niat, dan berulang-ulang takbiratulihram. Kata hati mereka, niat belum hadir masa takbir, nantikan batal pula solat sebab tak hadir niat.
Kebanyakan penyakit was-was ini menyerang kepada mereka yang mula ingin membuat yang terbaik dalam ibadahnya, dan mereka seboleh-bolehnya ingin memastikan ibadahnya (solat, wudhu’ contohnya) benar-benar sah daripada sudut feqah. Tahniah diucapkan, sebab kita memang perlu sentiasa melakukan yang terbaik. Cuma, berhati-hati dengan penyakit was-was bagi mengelakkan kita ditipu oleh syaitan, walaupun ketika beribadah.
Sasaran pada kebiasaan penyakit was-was.
Selalunya, penyakit was-was ini menyerang pada beberapa tempat utama. Kita fokus dalam bab solat dan wudhu sahaja dahulu. Antara tempat yang selalu ‘diserang’ ialah:
- Takbiratulihram dan niat – jika diperhatikan, kita akan melihat ‘pesakit’ akan menggeletar atau berulang-ulang dalam takbir pertama. Hingga mengganggu makmum yang lain.
- Bacaan Fatihah – selalunya ‘pesakit’ akan membacanya dengan kuat terutama pada huruf ‘ha pedas’ dan ‘waladhaalin’
- Tahiyyat – selalunya ‘pesakit’ akan mengulang-ulang ayat yang melibatkan ‘ha pedas’ dan juga bacaan syahadah
wudhu:
- Ketika lafaz wudhu
- Ketika membasuh muka
- Pesakit akan membasuh dengan begitu teliti hingga terlibat dengan pembaziran air yang amat sangat.
Terapi Penyakit Was-was
Masalah was-was ini berkait dengan hati. Ia akan memberi kesan yang dalam terhadap hati, terutama bagi pesakit yang sudah lama terdedah dengan penyakit ini. Makin lama ia sakit, maka makin susah untuk diubati.