Browsed by
Tag: agama

Doa Amalan Setiap Hari

Doa Amalan Setiap Hari

Selepas subuh dan selepas Asar/malam, pakat amal 3x masing-masing:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“Aku memohon perlindungan daripada kalimah-kalimah-Mu yang sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan.”

Nabi janji manfaat yang besar pada yang membacanya. Pegang janji nabi dan wujudkan rasa tingginya nilai sesuatu hadith seperti ini kerana ia adalah kalam orang yang paling mulia! Hargai ia dengan mengamalkan dan menyebarkannya.

Daripada Uthman bin Affan RA, beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca: “Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala sehingga pagi dan barangsiapa yang membacanya pada waktu pagi sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala sehingga petang.”

Hadith di atas ini diriwayatkan oleh Uthman bin Affan RA dan ia diriwayatkan oleh Imam Abu Daud di dalam Sunannya (5088). Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hasan ketika mengtakhrijkan hadith-hadith di dalam Sunan Abu Daud termasuklah hadith ini.

Kemudian:

“Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.” [Riwayat Muslim (2709)]

Semoga bermanfaat.

Jangan panggil Israel? Betul atau tidak.

Jangan panggil Israel? Betul atau tidak.

Setiap kali berlaku konflik di Palestin, akan ada persoalan tentang perkara ini.

Ikuti ulasan Ustaz Salman Ali seperti dibawah.

Israel adalah Nabi Allah Yaaqub Bin Ishaq Bin Ibrahim A.S.
Israel juga adalah negara haram yang didirikan dan diperluaskan oleh Yahudi di kawasan Palestin yang dijajah.

Bila kita menyebut perkataan Israel dalam ertikata Nabi Yaaqub, hendaklah diucap dengan pujian dan penghormatan. Demikian juga tidak menjadi masalah untuk merendahkan serta menghina Israel dalam sebutan dan tulisan kalau yang dimaksudkan adalah negara haram yang didirikan.

Tidak tepat sesiapa yang kata jangan kutuk Israel tapi kutuklah Zionis dan Yahudi sahaja. Seni berbahasa bukanlah jumud sehingga setiap perkataan dinilai diluar konteks.

Sama seperti Nabi Yusuf A.S kata إنه ربي kepada perempuan yang menggodanya. Maksud Nabi Yusuf “dia (suamimu) adalah tuanku” yang telah layan aku dengan baik. Orang yang berakal tidak akan tersilap faham perkataan itu beerti “dia (suamimu) adalah tuhanku”. Meskipun perkataan رب boleh bermaksud tuan atau tuhan, tidak beerti boleh tukar maksud sesuka hati. Setiap perkataan ada konteksnya.

Facebook Ustaz Salman Ali

Guna Agama Untuk Majukan Bisnes

Guna Agama Untuk Majukan Bisnes

Sekarang, zaman telah banyak berubah. Jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lampau (zaman kecil-kecil – era 80, 90an), agama Islam di tanah air ini berkembang baik yang memberikan kefahaman dan kemahuan untuk lebih faham berkenaan Islam. Jika kita lihat, di media-media, telah banyak perkongsian-perkongsian Ilmu yang meluas daripada segenap sudut, ekonomi, akhlak, ibadah dan sebagainya.

Ummat Islam kini kelihatannya dahagakan pengisian sesuatu yang bermanfaat untuk dijadikan bekal dalam diri. Namun, tidak dinafikan juga cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi masakini dengan kehadiran pelbagai ideologi, fahaman dan kecelaruan pemikiran yang digembar-gemburkan.

Cuma yang menarik, saya ingin kongsikan perkongsian daripada Dr MAZA (Dr Asri – Bekas Mufti Perlis) berkenaan salah guna Agama dalam melariskan perniagaan. Petikan ini diambil daripada FB beliau, dan semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal kepada beliau atas usaha ini.

Petikan FB DrMAZA:

dr maza

JANGAN SALAHGUNAKAN AGAMA UNTUK BISNES

Islam adalah matlamat yang dituju, bukan alat yang dipergunakan. Malangnya dalam masyarakat hari ini, banyak keadaan menunjukkan Islam itu tidak lebih daripada alat yang dipergunakan. Islam dipergunakan untuk keuntungan peribadi, perniagaan, politik dan lain-lain. Islam diperlakukan oleh sesetengah pihak bagai pelaris jualan. Atau Islam dibuat bagaikan saluran media untuk mengiklan barang. Islam ditampal dalam aktiviti kehidupan sesetengah pihak bukan kerana kecintaan kepada Islam, tetapi kerana itu boleh mempengaruhi orang ramai.

Ini samalah dengan seorang tuan kedai yang menggantungkan ayat-ayat al-Quran di dinding kedainya untuk menarik perhatian pelanggan semata. Padahal dia tidak pun berpegang kepada isi kandungan ayat yang digantung. Islam yang menuntut agar bersih dan jujur dalam perniagaan, tidak pun dilakukannya. Bahkan lebih teruk lagi, mungkin dia tidak bersolat, berpuasa dan perkara-perkara asas yang lain sebagai seorang muslim. Namun dinding kedainya dipenuhi ayat al-Quran. Maka ayat al-Quran itu bukan pegangan hidupnya, tetapi alat yang dipergunakan untuk kepentingan dirinya. Bukan sedikit orang yang seperti tuan kedai itu dalam masyarakat kita. Mungkin bidang kepentingan dan caranya berbeza-beza, tetapi perbuatan mengeksploitasikan agama itu adalah sama.

USTAZ PRODUK

Saya kurang bersetuju apabila ada syarikat produk tertentu yang melantik penceramah-penceramah agama sebagai duta produk mereka. Bimbang nanti para penceramah ini akan berceramah ke sana sini menggunakan nas-nas agama itu dan ini untuk dikaitkan dengan produk yang dia didutakan. Jadilah agama mainan ‘golongan peniaga’ dalam mempengaruhi orang awam. Hadis-hadis yang entah daripada mana asalnya, atau yang tidak sahih dikeluarkan untuk melariskan produk.

Read More Read More