Penyakit Bakhil
Kedekut ataupun kebakhilan merupakan suatu penyakit yang sering melanda kebanyakan orang terutama orang-orang kaya. Ramai yang menyangka bahawa harta kurniaan itu adalah milik personal hasil usaha mereka sendiri. Lalu, kebanyakan mereka yang bakhil amat payah untuk memberikan infaq atau sumbangan sebahagian harta kurniaan Allah kepadanya.
وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ ۖ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya – menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?
Ali Imran ayat 180
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya – menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka.
Ramai manusia umumnya tersalah sangka, dengan sangkaan bahawa dengan mengumpulkan harta kekayaan itu adalah suatu yang baik bagi mereka, hinggakan harta milik Allah yang dipinjamkan kepadanya juga payah untuk dibelanjakan, biarpun pelawaan-pelawaan untuk menginfaqkan harta banyak terdapat dalam hadith dan quran.
Dengan sebab demikian, perintah zakat bagi mereka yang mampu diturunkan bagi menyucikan harta tadi. Apakah harta itu kotor atau haram? Adakah harta yang bersumberkan haram yang perlu dikeluarkan zakat… bagi menyucikannya?
Fahaman sebegini adalah salah. Harta yang bersumberkan haram memang ditegah dalam agama Islam. Tiada istilah menyucikan harta yang didapati dengan cara haram. Analoginya mudah, adakah duit judi RM1000 menjadi suci dan halal apabila dikeluarkan 2.5% zakat/sedekah? Tentu sekali tidak, duit judi dan perbuatan judi adalah haram dan ditegah keras dalam Islam.
Jadi, antara hikmah zakat tadi kepada pemberi zakat, ialah didikan hati agar merasa ringan dalam menginfaqkan harta, dan meyakini bahawa harta miliknya itu adalah sebenar-benar kurniaan Allah asbab kebijaksanaan ia dalam menguruskan harta, yang mana kebijksanaan itu juga adalah kurniaan Allah.
Kisah Qarun
Tentu kita pernah dengar kisah Qarun yang mengumpulkan harta dan dimurkai Allah akibat daripada kelalaian terhadap harta tadi:
إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِنْ قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ ۖ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ
Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).
Al Qasas ayat 76
Dan sambungannya:
وَابتَغِ فيما آتاكَ اللَّهُ الدّارَ الآخِرَةَ ۖ وَلا تَنسَ نَصيبَكَ مِنَ الدُّنيا ۖ وَأَحسِن كَما أَحسَنَ اللَّهُ إِلَيكَ ۖ وَلا تَبغِ الفَسادَ فِي الأَرضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ المُفسِدينَ“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.
Al Qasas ayat 77
Mengumpulkan harta kekayaan sebagai elemen untuk dimanfaatkan adalah tidak menjadi suatu kesalahan. Sebab itu, larangan di sini adalah kebakhilan dalam membelanjakan harta kekayaan pada jalan yang betul serta jalan yang dituntut. Amatlah salah jika ada mereka yang mengatakan bahawa Islam menganjurkan kemiskinan.
Daripada ayat di atas, al Qasas ayat 77 jelas menyatakan: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.
Hal ini menunjukkan bahawa sama sekali tidak dilarang untuk kita mencari kekayaan di dunia ini. Yang menjadi persoalan adalah bagaimana harta itu diperoleh dan bagaimana ia dibelanjakan.
Allah amat memberikan galakan terhadap mereka yang menguruskan pembelanjaan hartanya dengan cara yang betul. Contohnya galakan membelanjakan harta pada jalan Allah:
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Al Baqarah ayat 261
Oleh kerana itu jelas dalam surah al Isra’ bahawa manusia itu sifat asalnya adalah bakhil, namun dengan ketaatan pada Allah taala, orang yang beriman pasti akan berusaha untuk mengikis perasaan bakhil itu kepada sifat pemurah sebagaimana saranan daripada Quran dan Hadith.
قُلْ لَوْ أَنْتُمْ تَمْلِكُونَ خَزَائِنَ رَحْمَةِ رَبِّي إِذًا لَأَمْسَكْتُمْ خَشْيَةَ الْإِنْفَاقِ ۚ وَكَانَ الْإِنْسَانُ قَتُورًا
Katakanlah (wahai muhammad): “jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut”.
al Isra’ ayat 100
Leave a Reply