Nikah Dahulu atau Baiki Diri?

Nikah Dahulu atau Baiki Diri?

Sebagai hamba Allah, yang tidak memiliki sifat maksum atau terpelihara daripada melakukan dosa, sudah tentu tidak terlepas daripada melakukan dosa-dosa. Mungkin dosa tersebut melibatkan soal akhlak, aurat, solat, puasa dan sebagainya.

Dosa tetap dosa, namun dengan sifat sesal atas apa yang dilakukan itu adalah lebih baik daripada mereka yang langsung tidak rasa apa-apa, bagi mereka itu adalah perkara yang remeh, tidak menjejaskan apa-apa.

Nikah juga ibadah, dan ia juga merupakan suatu tuntutan yang besar dalam agama Islam. Ia melengkapi keperluan asas seorang manusia biasa. Jika tidak, masakan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Pemurah menurunkan persoalan nikah?

Namun, kadang-kadang timbul juga persoalan, manakah yang lebih utama antara melengkapkan diri dengan asas-asas agama sebelum nikah atau selepas nikah. Memang nikah adalah ibadah, namun jika tidak dengan jalan-jalan yang benar, ia juga mampu menjadi punca maksiat.

Ilmu asas agama sememangnya diperlukan dalam membina rumah tangga yang makmur. Semua antara kita pasti meyakini tentang hal ini. Apa sahaja perlukan ilmu. Hinggakan ada mereka yang menangguhkan persoalan nikah ini pada diri mereka dengan tujuan memperbaiki diri dahulu sebelum memasuki alam berumah tangga hinggalah dirasakan sempurna.

Alasan mereka, bagaimana hendak berdua jika hidup bujang pun masih kotor, berdosa. Jadi, mana lebih utama? Baiki diri dahulu atau kahwin dahulu?

Dahulu

Leave a Reply

5 thoughts on “Nikah Dahulu atau Baiki Diri?

  1. Assalamualaikum.

    Sangat menarik topik ini, tahniah Hafiz kerana mengutarakannya. Saya juga kerap terfikir tentang ini sejak zaman dulu-dulu masa belum kahwin sampai sekarang. Saya rasa ramai pun ada pendapat sendiri tentang isu ini. Cumanya orang ramai punyai pendapat, dan pilihan. Jadi perlu berfikir banyak dan panjang tentang ini.

    Secara peribadi bagi saya

    1. Nikah dahulu tanpa ilmu yang kukuh-risau tidak dapat membentuk keluarga yang berlandaskan Islam.Kelak isteri dibiarkan tidak solat, anak lahir tanpa diajar seperti islam, bahkan diri sendiri pun tunggang langgang, ada orang islam yang sudah berkahwin tapi tidak tahu mandi wajib, yang lelaki bertindik telinga.

    2. Lengkapkan diri dengan segala ilmu-nafsu tetap ada melingkari ruang kehidupan sehari-harian. Dalam pada memenuhkan diri dengan ilmu pernikahan, muamalat, hukum hakam akhlak, hati gundah gulana memikirkan gejolak dalam jiwa. Anak muda mahu disayangi dan menyayangi. Bagaimana mahu belajar jika hati asyik berfikir tentang yang dicintai. Ilmu pun payah masuk.

    Jadi bagaimana ye? Mahu pilih yang ditengah-tengah. Pening. Dilema anak muda.

    1. Wa’alaikummussalaam..

      Terima kasih atas segala pendapat yang dilontarkan.

      Saya amat yakin bahawa persoalan ini pasti berlegar dalam kebanyakan diri muda-mudi. Ada juga yang memikirkan persoalan jodoh, dengan siapakah mereka sepatutnya diijab qabulkan…

      Ada yang memilih untuk mencari pasangan yang elok mata memandang, namun ada juga yang memilih untuk memiliki pasangan yang mampu dibentuk dikemudian hari. Saya sendiri masih keliru mengenai hal ini.

      Jika ada sesiapa yang memiliki buah fikiran bolehlah dikongsikan bersama-sama. Insya Allah.

  2. “”Namun sudah pasti mengelak daripada terjerumus apabila tidak tertahan dengan gelojak nafsu itu adalah lebih baik.””

    mengelak ini, nabi SAW ajarkan dua cara, pertamanya nikah, keduanya puasa.

    ulamak selisih pandangan yang mana satu lebih baik? elak mungkar dengan cara selamat dan terjamin iaitu nikah atau dengan cara sedikit payah iaitu puasa?

    dari sudut turutan sebutan, nikah yang pertama dan puasa yang ke dua maka itu yang menjadi fokus hadis, yang terbaik. ini pandangan pertama.

    namun, hadis tidak pula mengisyaratkan kepada mana satu lebih baik, maka ada ulamak katakan ianya pilihan, sama sahaja tiada keistimewaan, bergantung kepada diri.

    dan pandangan ke tiga, puasa lebih baik kerana bersabar dengan kesusahan itu lebih tinggi nilainya hanya Allah yang membalasnya, berbanding beribadat dalam keadaan tenang dan selesa.

    Allahu a’lam.

  3. assalamualaikum…sambil-sambil berjalan melawat blog terjumpa artikel ni…seolah terbengkalai tanpa jawapan..

    encik Hafiz juga penah komen di blog kami bertanyakan blog farah yang ditutup pembacaan suatu ketika dahulu…

    sekadar pandangan yang cetek pengetahuan….

    ilmu penting di dalam rumah tangga namun bukanlah semestinya pakar baru boleh berkahwin. tidak begitu. cukuplah sekadar ilmu fardhu kifayah, dan ilmu yang diperlukan untuk masa itu…

    apakah ilmu yang diperlukan dalam sesebuah rumah tangga? mungkin perlu rujuk kursus pra perkahwinan yang dianjurkan merata-rata tempat di malaysia sana. adalah perlu mengetahui asas selok belok rumahtangga. atau secara mendalamnya kajilah tentang fiqh rumah tangga (munakahat).

    ilmu lain boleh didapati kemudian, mahu menjadi pakar boleh didapati kemudian. tetapi memilih pasangan yang telah berilmu adalah lebih baik. (kita tak boleh mendabik dada mengatakan kita berilmu kecuali beberapa keadaan, tetapi mungkin secara mata kasar kita boleh nampak si polan itu berilmu maka kita pilih dia)

    memperbaiki diri, dituntut setiap masa, namun ada orang berpendapat memperbaiki diri terlebih dahulu dari berkahwin, semoga anak yang dikandung serta pasangan yang dikahwini tidak terkesan dengan dosa kita yang silam. ini terpulang bagi mereka jika mampu menahan gelojak nafsu.

    ada yang bepegang berkahwin dahulu supaya dapat memperbaiki diri dalam suasana yang lebih terkawal dan terjamin. ini juga dituntut sepertimana disebut dalam hadis, mafhumnya “barangsiapa yang mampu bernikah maka bernikahlah, sesungguhnya ianya lebih menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan” yakni jika telah berkahwin boleh jaga diri dari buat maksiat.

    ianya bergantung kepada individu. kemampuannya…

    …………………..
    perkara luar dari topic,

    berkenaan rasa kotor dan noda yang dilakukan sebelum kahwin, ini kerap dibincangkan di forum-forum remaja ‘islamic’ di alam maya.

    ada yang menganggap orang yang telah saling mencintai sebelum perkahwinan sudah tidak suci dan tidak layak untuk dikahwini dengan orang yang masih kosong hatinya dari cinta manusia ajnabi. berpegang dengan ayat al-Quran mafhumnya “wanita yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk wanita yang baik”. seolah-olahnya kapel sebelum berkahwin suatu maksiat dan dosa besar. ya, mungkin berdosa juga kerana meletakkan rasa sayang dan cinta pada yang tidak berhak, pasangan yang ajnabi. dan pandangan ini agak syadid serta keras.

    bagi yang berpegang dengan pandangan ini, mereka berpandangan bahawa yang telah bercinta sepatutnya menyelesaikan cinta mereka dengan berkahwin, bukannya bertukar-tukar pasangan tanpa sebab seperti kematian. jika mereka bercinta dengan seseorang, hati mereka telah diisi dengan cinta orang lain, dan kemudiannya berkahwin dengan pasangan yang baru yang mana hati mereka sudah tidak penuh atau dengan kata lain second hand. ini menzalimi pihak yang baru.

    dan situasi ke dua pula, mereka telah bercinta dan kemudian salah satu meninggalkan pasangannya mendapatkan pasangan baru, pihak yang ditinggalkan dizalimi kerana perasaannya dikhianati. bagaimana dia akan mencari pasangan yang sesuai dengan dirinya yang pernah bercinta? dan bagaimana dia mahu mencintai orang lain dalam keadaan hatinya masih memikirkan pasangan lamanya?

    sebolehnya elakkan percintaan sebelum berkahwin. jika minat pada seseorang, ajaklah bernikah terus, jumpa keluarganya, bukan bermain cinta. jika si perempuan menghalang dari bertemu keluarganya, jangan adakan hubungan cinta dengannya.

    jika telah terjebak maka tetapkan pendirian dan teruskan percintaan kamu sehingga akhirnya iaitu berkahwin dan wujudkan keluarga yang solehah (usrah@keluarga + solehah – muannas + muannas)

    1. Wa’alaikummussalaam..

      Apa yang saya faham daripada pendapat saudara, pernikahan adalah sesuatu yang penting dan perlu disegerakan. Tidak perlu ia dimain-mainkan dengan percintaan dan bertukar-tukar pasangan, kononnya untuk mencari yang terbaik sebagai teman hidup.

      Saudara juga menerangkan bahawa tidaklah perlu sempurna untuk bernikah, namun ilmu tetap perlu sebagai penyuluh dan panduan. Bagi yang mampu menahan gelojak nafsu, mungkin boleh ditangguhkan.

      Namun sudah pasti mengelak daripada terjerumus apabila tidak tertahan dengan gelojak nafsu itu adalah lebih baik.

      Terima kasih untuk pandangan ini. Satu lagi, sebenarnya saya tiada Ir… itu hanya hajat, masih belum tercapai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.