Manfaatkan Masa

Manfaatkan Masa

Masa berlalu sangat pantas. Sepuluh tahun umpama sehari sahaja. Soal masa ini amat ditekankan dalam agama kita, agar umat Islam menitik berat nilai masa itu sendiri.

Namun, kadang-kala pernah, jika kita perhatikan, ada beberapa hari, masanya lebih panjang rasanya berbanding dengan hari yang lain. Kenapa? Adakah hari tersebut kita dapat lebih 1 jam berbanding dengan orang lain?

Masa terasa panjang apabila kita appreciate masa tersebut, dengan memanfaatkan masa dengan banyak aktiviti. Sebagai contoh, jika kita gunakan masa setengah hari dengan mengemas rumah serta bilik tidur, kemudian pergi ke pasar beli barang dapur, singgah kedai beli keperluan sekolah anak, hari tersebut terasa panjang… Kerana, masa subuh hingga zohor, kita mampu lakukan macam-macam perkara yang bermanfaat.

Masa yang lalu “amat jauh”, kerana ia tidak akan dapat dicapai lagi.

Oleh itu, perlu disemat dalam hati, untuk sentiasa improve diri, samada daripada segi ilmu (ilmu yang bermanfaat), ibadah yang berkualiti, sikap yang terpuji, mind set yang mampu membawa kepada kejayaan dunia akhirat.

Ya Allah, bantulah kami agar dekat dengan Mu

Leave a Reply

One thought on “Manfaatkan Masa

  1. Assalamualaikum ustaz.
    Saya nk tny kalau dlm toilet saya lihat jelas ada darah haid di lantai yg berada depan pintu tndas dan sy syak ank buah sy yg dh masuk tndas dah terpijak darah tu sbb dia masuk seblum sy, masa sy masuk darah tu mmg dh ada.. adakah kaki mereka bernajis tp sy tk nmpk pun mereka pijak tp dah depan pintu so sy syak drg mmg akan pijak darah tu. Mohon jwb ustaz. Sy adalah masalah was was najis yg sgt berat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.