Luruskan Saf Walaupun Solat Masih Berjarak

Luruskan Saf Walaupun Solat Masih Berjarak

Alhamdulillah, sekarang kita telah pun memasuki bulan Ramadhan yang penuh berkat. Seperti biasa masjid dan surau akan penuh dihadiri oleh muslimin dan muslimat bagi sama-sama beribadah, solat berjemaah dan solat sunat tarawih. 

Dalam situasi Covid-19 ini yang masih belum reda, kita telah diarahkan untuk solat secara berjarak dan membawa sejadah sendiri serta memakai penutup muka ketika solat berjemaah. SOP ini telah pun dikeluarkan oleh mereka yang mahir dalam bidang perubatan dan telah mendapat nasihat daripada mereka dalam bidang agama. Maka sepatutnya kita patuh kepada peraturan ini dan insya-Allah, ia juga akan dikira sebagai suatu kebajikan yang boleh menyelamatkan kita semua daripada merebaknya virus Covid-19 ini.

Saf hendaklah diluruskan

Dalam solat berjemaah secara berjarak ini, kita perlu solat dalam saf yang lurus. Dapat diperhatikan, terdapat mereka yang tidak tahu ataupun cuai dalam meluruskan saf.

Maka hendaklah kita sama-sama meluruskan saf bagi menjaga kesempurnaan solat dan menegur secara baik mereka yang mungkin tidak tahu tentang pentingnya luruskan saf ini.

Semoga semua dapat mengambil manfaat daripada tulisan yang ringkas ini. 

Wallahualam.

Leave a Reply

2 thoughts on “Luruskan Saf Walaupun Solat Masih Berjarak

  1. Assallamualaikum saudara,

    Satu perkongsian ilmu yang bagus.

    Dalam norma baru ini imam terutama waktu solat Jumaat perlu ada inisiatif utk mengumumkan peringatan pd makmum, contoh seperti ‘luruskan saf, pastikan tumit/tapak berada selari dalam garis’. Mungkin sudah ada imam berbuat demikian tetapi tidak semua. Masih ada segelintir makmum kurang mengerti atau tidak cakna dengan makna ‘saf’ ini.
    Inisiatif lain, seperti menampal gambar foto seperti diatas serta penjelasan hadith2 soheh mengenai kepentingan luruskan saf di mesjid dan surau.

    Dengan cara ini sekurang2nya memberi pengetahuan ilmu kepada mereka tentang keberkatan meluruskan saf.

    Saya berharap pihak berwajib mengambil inisiatif untuk mewarwarkan kepada semua mesjid dan surau negeri masing2 tentang perkara baik ini sekali gus menambahkan keberkahan solat berjemaah ketika pandemik ini.

    Terimakasih saudara

    Wassallam

    1. Waalaikumussalam Tuan.
      Saya setuju dengan cadangan tuan. Terutama imam yang perlu tegaskan masa arahan luruskan saf, bukan sekadar sebut nada biasa sambil lalu.
      Dalam bab gambar tu, betul. Dulu masjid pun menggunakan gambar untuk penerangan kepada orang awam. Tapi, sekarang norma baharu, bab luruskan saf sudah lain sedikit. Perlu ada gambar baharu sesuai dengan norma ini.

      Satu lagi, saya perhatikan, orang yang lebih tua sudah segan untuk menegur orang yang lebih muda walaupun duduk di sebelah. Budaya ini sudah mati kini.

      Terima kasih atas ulasan Tuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.