Kesan Anti-Vaksin Kepada Anak Yang Tidak Berdosa

Kesan Anti-Vaksin Kepada Anak Yang Tidak Berdosa

ANAK TIDAK DIVAKSIN

Hasil daripada kajian ibubapa menggunakan internet, merujuk kepada perbualan serta hipotesis badan tidak professional, telah wujud satu kelompok yang menolak vaksin. Perkara ini telah menjadi isu besar, apabila ideologi anti-vaksin ini semakin membesar.

Maka, dengan ilmu yang terbatas itulah, terdapat ibubapa yang menghalang anak mereka daripada divaksin. Kesannya, pelbagai penyakit timbul kembali akibat lemahnya pertahanan diri anak-anak tersebut. Banyak penulisan-penulisan di media sosial berkenaan hal ini.

sumber bawah: facebook RoSConfession

TENTANG ANAK YANG TIDAK DIVAKSIN

Panggil aku Dr Rizal. Aku rasa terkilan dan benci pada orang yang tidak bertanggungjawab. Kesian anaknya tidak diberikan vaksin.

Ini adalah kisah aku dengan seorang ibu yang menolak vaksin. Angkara dia menolak perkara tersebut anaknya mengalami jangkitan kuman paru-paru yang teruk.

Aku adalah doktor yang kerja di Jabatan Kecemasan. Bagi sesiapa yang kerja di jabatan kecemasan mereka tahu yang merekalah orang yang pertama akan melihat pesakit. Samada pesakit itu dimasukkan ke dalam wad ataupun dilepaskan pulang ke rumah, ia bergantung kepada kami.

Kami diibaratkan sebagai orang dihadapan ketika pergi berperang. Kalau lapisan hadapan hancur, maka kalahlah perang tersebut.

So, ceritanya mula macam ini. Haritu aku kena jaga zon merah. Zon merah ni untuk pesakit yang kritikal sahaja. Contoh kalau datang tanpa sedarkan diri, kena sakit jantung, sesak nafas yang teruk dan sebagainya. Kalau pesakit yang biasa-biasa tu selalunya kena masuk zon hijau. Kalau separa kritikal masuk zon kuning.

Sebab tu dekat depan setiap jabatan kecemasan ada ‘triage’. Di ‘triage’ ini pesakit akan dikategorikan samada masuk zon merah, kuning ataupun hijau.

Aku ingat lagi waktu tu tengah hari, tinggal beberapa minit je nak tukar shift petang. Tiba-tiba aku nampak kelibat ibu berlari-lari bawak anaknya yang lembik ke triage.

MA yang melihat terus tekan butang red zone. Bunyi yang kuat memenuhi bahagian red zone dan yellow zon. Aku terus masuk ke bahagian zon merah bagi bersedia menerima pesakit tersebut

Ibu kelihatan seperti 30an memasuki zon merah dengan membawa anaknya yang sedang lemah dan bernafas laju. Umur anaknya pula baru 12 bulan. Berat lebih kurang 6 kg. Seperti kurang berat samada tak cukup nutrien ataupun mengalami kekurangan air(dehydration).

Bacaan Spo2 iaitu bacaan yang mengambarkan oksigen di dalam darah adalah 70%. Bayi itu bernafas dalam lebih kurang 60 pernafasan dalam 1 minit. Hurm. Kalau biar lama lagi bayi ni boleh mati. Tiba-tiba tangan dan kaki bayi tersebut bergerak-gerak secara berulang. Mata pula pandang menghala ke atas. Bayi tu tengah sawan. Semua jadi tak keruan.

Aku menyuruh seorang MA untuk mengambil ubat diazepam bagi memberhentikan sawan bayi itu. Fuh. Nasib baik dapat berhenti dengan serta merta. Bayi ini dapat sawan mungkin disebabkan oksigen yang rendah dalam badan.

Aku terus decide untuk ‘intubate’ bayi tersebut bagi membantu dia bernafas.

Proses ‘intubation’ adalah proses dimana satu tiub dimasukkan terus ke dalam bahagian paru-paru supaya pernafasan dapat dibantu dengan menggunakan mesin. Tiub mudah dimasukkan dan bayi bacaan oksigen menjadi stabil selepas itu.

Selepas pesakit stabil barulah aku bertanyakan kepada ibunya berkenaan anaknya.

Ibunya cakap yang anaknya itu sudah 7 hari demam batuk selesema. Dalam 3 hari ini keadaannya semakin teruk. Dia hanya memberikan beberapa ramuan tradisional di rumah untuk mengubati sakit anaknya itu.

Ibu ada menyatakan yang anaknya itu tak makan dan kurang minum untuk beberapa hari ini. Berat pun turun mendadak sebenarnya.

Aku pelik. Kenapa memerlukan masa yang lama untuk bawa berjumpa dengan doktor. 7 hari tak sihat dan 3 hari semakin teruk. Takkan itu tidak menjadi tanda yang anak itu semakin teruk.

Aku tanya lagi banyak perkara sehinggalah sampai ke bahagian vaksin. “Saya tak cucuk anak saya dengan vaksin”, Nyata ibu tersebut.

But why. ” Itu keputusan saya. Vaksin ini adalah konspirasi. Orang dulu tak de vaksin pun boleh je hidup. Umur pun panjang”, Ibu tersebut menambah.

Rasa geram gila waktu tu. Kau tak sedar ke anak kau dah masuk hospital. Kau tak sedar ke hospital ini pun wujud sebab agenda yahudi. Bisik aku dalam hati. Sikit lagi je nak sound.

Aku dah malas dah nak cakap dengan orang yang macam ni. Lebih baik selamatkan aku selamatkan bayi tu daripada berperang mulut dengan wanita yang tak faham ini. Buang masa je nanti.

Bayi itu seterusnya dimasukkan ke dalam PICU(paediatric ICU). PICU ni ICU untuk kanak-kanak. Lega dapat masukkan bayi tersebut dan tak perlu hadap lagi dengan ibu itu. Ini bukan kali pertama aku jumpa orang yang macam ini.

Setelah beberapa hari berlalu, aku teringat balik bayi tersebut. Teringin sangat nak tahu apa keputusan darah ataupun kuman yang menyerang bayi tersebut. Lupa nak bagi tahu, waktu di kecemasan hari itu aku diagnose dia mempunyai pneumonia(jangkitan kuman pada paru-paru). Sebab dalam x-ray dia ada satu bahagian paru-paru yang berwarna putih. So, penemuan dalam x-ray yang macam itu selalunya mempunyai jangkitan kuman paru-paru je.

Disebabkan aku ingin tahu sangat kuman apa yang menyebabkan masalah tu, aku terus call PICU. Jururawat yang menjaganya memberi tahu bahawa pesakit itu mengalami ‘Pertussis’. Aku terkejut. Rupanya tekaan aku benar. Bayi tu kena kuman yang boleh dielakkan dengan pemberian vaksin.

Rasa nak menyumpah pun ada. Geram gila

‘Pertussis’ adalah penyakit disebabkan bakteria bernama Bordotella pertussis. Ia boleh dielakkan dengan vaksin. Dan disebabkan anda tidak beri vaksin, anak anda mengalami komplikasi yang teruk disebabkan kuman tersebut.

Lepas daripada hari tu aku tak follow up pesakit tu lagi sebab hati boleh tak tenteram bila dengar cerita-cerita dia.

Saya hanya nak nasihatkan ibubapa diluar sana, tolonglah vaksinkan anak anda. Nanti yang sakitnya anak anda. Dan yang jaganya pula para doktor. Bukan tak nak buat kerja kami. Tapi penyakit tu boleh dielakkan dengan vaksin. Ok bye.

Harap korang terima ‘confession’ ini dengan hati yang terbuka.

END…

 

Cuba kita perhatikan, kebanyakkan mereka yang menolak vaksin ini menggunakan idea-idea logik semata-mata. Paling banyak pun, mereka rujuk sumber internet yang entah daripada mana dicedoknya. Ya, internet boleh jadi sumber ilmiah jika tahu di mana sumber rujukan, jika tidak… ia sama seperti kita mentelaah buku rujukan sesat.

Harap, kita dapat ambil iktibar. Ikhtiarlah mencegah penyakit dengan vaksin. Ia telah banyak membantu kesihatan komuniti ke arah yang lebih baik.

Sekian.

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.