Fatihah Satu Nafas Lebih Mujarab

Fatihah Satu Nafas Lebih Mujarab

Teringat ketika bujang dahulu, aku mengenal seorang kawan yang mengaji di pondok. Aku kenal beliau merupakan seorang yang minat dengan agama. Dia banyak memberikan tunjuk ajar terutama bab bagaimana meninggalkan was-was.

Fatihah Satu Nafas

Suatu hari, beliau mengajarkan aku bagaimana untuk membaca Fatihah dengan hanya satu nafas. Dengan syarat, bacaan tersebut perlu betul berdasarkan hukum tajwid. Aku cuba caranya, Alhamdulillah, menjadi. Satu nafas untuk satu fatihah dengan tajwid yang betul.

Katanya, bacaan fatihah satu nafas ini mujarab untuk ditiupkan pada segelas air sebagai ubat.

Namun, masa berlalu, aku mengaji di Kuala Lumpur dan aku tanyakan pada guru fiqh. Ternyata ia adalah tidak benar. Benar, jika kita berikan ruang dada untuk mendengar hujah daripada mana-mana pihak, maka insya Allah, suatu hari nanti kita akan menjumpai yang benarnya.

Perlu kita ingat, yang menjamin fadhilat terhadap sesuatu amalan itu perlu disandarkan kepada Nabi kita s.a.w. Tidak boleh kita mengatakan dengan bacaan tertentu maka fadhilatnya begini dan begini. Sudah cukup apa yang telah disampaikan oleh Nabi kita s.a.w dengan pelbagai bacaan, doa-doa, fadhilat daripada surah-surah atau sebahagian ayat-ayat Quran untuk kita amalkan.

Hanya apa yang Nabi s.a.w katakan tentang sesuatu fadhilat itu, barulah kita yakini dan amalkan. Usah mengatakan sesuatu yang tiada sandarannya kepada Nabi s.a.w.

Mathurat

Sebagai contoh, Imam Hasan Al Banna telah mengumpul sebahagian ayat-ayat serta doa-doa yang mathur daripada hadith-hadith Nabi s.a.w. Setiap amalan dalam doa-doa didalamnya mengandungi fadhilat-fadhilat yang tertentu bersandarkan kepada hadith Nabi s.a.w.

Usah mereka-reka fadhilat terhadap sesuatu amal tertentu.

Wallahua’lam

Leave a Reply

2 thoughts on “Fatihah Satu Nafas Lebih Mujarab

  1. Kena bezakan apa yang dinamakan amalan untuk ibadah dan apa amalan untuk perkara lain.

    Amalan untuk ibadah sudah tentu tidak boleh direka-reka.
    Tetapi, amalan untuk doa-doa tertentu, masih boleh direka.
    Tidak ada hadis yang mengatakan bahawa doa-doa hanya boleh bersandarkan apa yang Nabi lakukan sahaja.

    Ketiganya, amalan yang dikatakan untuk tujuan lain itu berpunca daripada hadia Nabi sendiri, iaitu, al-Quran intu boleh dijadikan ubat. Maka, terpulanglah kepada sesiapa yang mencari ilmu atau kaedah-kaedah tertentu dengan menggunakan Al-Quran sebagai ubat.
    Kaedah ruqyah sekalipun, tidak terhad kepada apa yang Nabi pernah lakukan sahaja.

    1. Tiada larangan untuk berdoa selain daripada hadith nabi.

      Yang dipersoalkan di sini adalah, menyebarkan fadhilat membaca ayat Al-Quran sekian-sekian tanpa bersandarkan kepada dalil.

      Ia berbeza dengan kita bertawassul dengan bacaan quran atau ayat-ayat Al-Quran. Tetapi menetapkan fadhilat sesuatu ayat sekian dan sekian adalah sesuatu yang ghaib, luar pengetahuan manusia.

      Sesuatu yang ghaib itu tidak diketahui melainkan apa yang Allah sampaikan kepada Nabi.

      Jika kita berdoa agar Allah menerimanya dengan tawasul bacaan quran itu tidak menjadi masalah. Yang lebih baik, kita amalkan apa yang nabi ajar tentang Al-Qurandan fadhilat bacaannya. Sesungguhnya Nabi tidak berkata apa-apa melainkan apa yang diwahyukan oleh Allah kepadanya.

      WA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.