Covid-19 Serta Komen Negatif Terhadap Ulama
Kalau diperhatikan dalam Facebook, terdapat banyak komen-komen negatif kepada ulama-ulama berkenaan ijtihad larangan ke masjid dan juga ijtihad untuk menjarakkan saf ketika solat berjemaah. Kadang-kadang kalau kita perhatikan juga, mereka yang banyak komen negatif sebegini bukanlah mereka yang selalu ke masjid jika diperhatikan pada sejarah profil yang lepas.
Pertamanya, kita perlu hormat kedudukan ulama yang jauh lebih tahu daripada kita. Mereka juga sangat menjaga agama jauh lebih baik berbanding kita. Maka sudah pasti, untuk mengeluarkan hukum-hukum yang berat sebegini, mereka akan lakukan yang terbaik, tidaklah sambil lewa. Kerana mereka tahu setiap hukum yang dikeluarkan itu pasti akan dipersoalkan di akhirat nanti.
Keduanya, ulama-ulama ini tidaklah mengeluarkan hukum berseorangan, sebaliknya mereka telah melakukan perbincangan di kalangan mereka, ahli agama, serta ahli yang arif dalam bidang kesihatan seperti doktor dan sebagainya. Setelah perbincangan dibuat maka daripada situlah mereka akan keluarkan hukum-hukum yang paling tepat sekali berdasarkan perbincangan pada sudut kesihatan dan juga sudut agama.
Yang ketiga, kalau kita perhatikan keputusan ulama di Malaysia berkenaan hal tersebut adalah selari dengan keputusan ulama-ulama di seluruh dunia. Hal ini boleh menjadi suatu bukti yang simple menunjukkan bahawa apa yang diputuskan oleh ulama di negara kita adalah benar.
Maka janganlah kita angkuh dah sombong untuk memberikan komen-komen yang tidak wajar terhadap ulama-ulama atas keputusan yang telah dikeluarkan.
Ingatlah apa yang kita perkatakan akan dipersoalkan oleh Allah kelak. Wallahua’lam.
Leave a Reply