Browsed by
Category: Home

Telegram menyediakan fungsi Folder untuk user’s chat lebih teratur dan tersusun

Telegram menyediakan fungsi Folder untuk user’s chat lebih teratur dan tersusun

Telegram merupakan satu aplikasi yang setanding dengan WhatsApp, malah bagi saya ia adalah lebih baik daripada WhatsApp. Antara kebaikan Telegram adalah ia menyimpan chat kita di server, sama seperti email Gmail, Yahoo dan sebagainya. Maka sekiranya pengguna hendak menukar telefon, ia tidak menjadi beban kepada pengguna untuk copy data chat daripada phone lama ke phone yang baru.

Kini telegram telah menawarkan satu lagi fungsi yang baru iaitu menyediakan folder untuk pengguna menyusun chat secara teratur.

Folders yang membantu pengguna menyusun chat yang kian bertambah

Dengan adanya folder ini, saya dapat menyusun chats dengan tersusun mengikut priority. Ia dapat mengelakkan daripada terlepas pandang chat-chat yang penting.

Saya akan kongsikan cara yang ringkas untuk menyediakan folder ini. Pertama, berdasarkan gambar di atas, click button 3 lines di kiri atas.

Read More Read More

HANYA ALLAH YANG TAHU PERKARA GHAIB

HANYA ALLAH YANG TAHU PERKARA GHAIB

Alam ini terbahagi kepada dua iaitu alam nyata dan juga alam ghaib. Hakikatnya manusia hidup dalam alam nyata yang dapat dilihat oleh mata kasar. Manakala alam ghaib ini adalah suatu yang tersembunyi daripada manusia.

…وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُطۡلِعَكُمۡ عَلَى ٱلۡغَيۡبِ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يَجۡتَبِي مِن رُّسُلِهِۦ مَن يَشَآءُۖ فَـَٔامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦۚ وَإِن تُؤۡمِنُواْ وَتَتَّقُواْ فَلَكُمۡ أَجۡرٌ عَظِيمٞ

…Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.

-Surah Aal-E-Imran, Ayah 179

Setiap berita ghaib yang telah kita dengar adalah sesuatu yang disampaikan oleh Nabi Muhammad yang merupakan wahyu daripada Allah ta’ala. Hal ini kerana nabi sendiri pun tidak tahu perkara ghaib melainkan apa yang Allah Ta’ala sampaikan kepada baginda. Banyak sekali dalil-dalil dalam al-quran yang menerangkan hal ini termasuklah ayat yang di atas.

Read More Read More

UTAMAKAN YANG UTAMA, KITA INI HAMBA ALLAH

UTAMAKAN YANG UTAMA, KITA INI HAMBA ALLAH

KIASAN

Tuah adalah seorang pengukir kayu yang berpengalaman. Hasilnya berita ini sampai kepada Sultan. Dalam masa yang sama Sultan sudah lama teringin untuk membuat satu bangku kayu yang penuh dengan ukiran Melayu. Maka Sultan telah menjemput Tuah pergi ke istana.

Baginda telah melayan Tuah dengan amat baik sekali. Baginda telah meminta Tuah membuat satu bangku kayu daripada kayu meranti untuk baginda letakkan di istana. Baginda akan mengupah Tuah dengan upah yang tinggi. Tuah merasa bangga dan setuju atas tawaran baginda.

Sebelum pulang daripada istana baginda mengingatkan sekali lagi bahawa baginda inginkan bangku kayu tersebut daripada kayu meranti.

Sampai di rumah, Tuah melihat banyak lagi kayu cengal yang ada dan memang cukup untuk dibuat bangku. Berdasarkan pengalaman Tuah yang berpuluh-puluh tahun dalam bidang pengukiran kayu serta pertukangan ini, Tuah amat faham bahawa kayu cengal jauh lebih baik daripada kayu meranti. Lalu Tuah telah memilih untuk membuat bangku tersebut daripada kayu cengal.

Selepas sebulan, Tuah telah pergi ke istana untuk mempersembahkan bangku kayu cengal serta ukiran yang cantik sekali. Sultan telah menjemput Tuah masuk ke istana. Namun jauh di wajah baginda, baginda kecewa dengan pemilihan kayu tersebut. Baginda masih ingat bahawa baginda telah mengingatkan beberapa kali untuk Tuah memilih kayu meranti.

Sebenarnya apa yang telah dilakukan oleh Tuah, seorang tukang ukir dan tukang kayu tersebut adalah salah. Walaupun pada hemah dia bahawa kayu cengal adalah jauh lebih baik, namun dia perlu ingat bahawa baginda Sultan adalah pelanggan dan juga baginda Sultan ini adalah raja. Dia berhak untuk memilih apa jua jenis kayu yang dia suka. Tuah sebagai seorang tukang kayu perlulah mengikut apa yang diminta oleh pelanggannya.

Begitulah contoh mudah apa yang berlaku sekarang ini. Banyak sekali golongan-golongan yang telah berbahas dalam menegakkan amalan-amalan yang tidak berlandaskan al-quran dan sunnah. Walaupun amalan-amalan tersebut bukanlah maksiat, namun kita kena ingat bahawa Allah yang menyuruh kita melakukan sekian dan sekian.

Maka keutamaannya adalah melakukan apa yang Allah suruh. Utamakan yang utama.

Read More Read More

Covid-19 Serta Komen Negatif Terhadap Ulama

Covid-19 Serta Komen Negatif Terhadap Ulama

Kalau diperhatikan dalam Facebook, terdapat banyak komen-komen negatif kepada ulama-ulama berkenaan ijtihad larangan ke masjid dan juga ijtihad untuk menjarakkan saf ketika solat berjemaah. Kadang-kadang kalau kita perhatikan juga, mereka yang banyak komen negatif sebegini bukanlah mereka yang selalu ke masjid jika diperhatikan pada sejarah profil yang lepas.

Pertamanya, kita perlu hormat kedudukan ulama yang jauh lebih tahu daripada kita. Mereka juga sangat menjaga agama jauh lebih baik berbanding kita. Maka sudah pasti, untuk mengeluarkan hukum-hukum yang berat sebegini, mereka akan lakukan yang terbaik, tidaklah sambil lewa. Kerana mereka tahu setiap hukum yang dikeluarkan itu pasti akan dipersoalkan di akhirat nanti.

Keduanya, ulama-ulama ini tidaklah mengeluarkan hukum berseorangan, sebaliknya mereka telah melakukan perbincangan di kalangan mereka, ahli agama, serta ahli yang arif dalam bidang kesihatan seperti doktor dan sebagainya. Setelah perbincangan dibuat maka daripada situlah mereka akan keluarkan hukum-hukum yang paling tepat sekali berdasarkan perbincangan pada sudut kesihatan dan juga sudut agama.

Yang ketiga, kalau kita perhatikan keputusan ulama di Malaysia berkenaan hal tersebut adalah selari dengan keputusan ulama-ulama di seluruh dunia. Hal ini boleh menjadi suatu bukti yang simple menunjukkan bahawa apa yang diputuskan oleh ulama di negara kita adalah benar.

Maka janganlah kita angkuh dah sombong untuk memberikan komen-komen yang tidak wajar terhadap ulama-ulama atas keputusan yang telah dikeluarkan.

Ingatlah apa yang kita perkatakan akan dipersoalkan oleh Allah kelak. Wallahua’lam.

Ambilkan Wuduk Untuk Bayi

Ambilkan Wuduk Untuk Bayi

Ada terbaca satu posting berkenaan dengan ambil wuduk untuk bayi bagi mengelakkan gangguan jin. Perkara ini ada satu benda yang mengarut, dan tidak berasas.

Hal berwuduk ini adalah melibatkan mereka yang sudah baligh atau pun mukallaf. Wajib berwuduk untuk solat, tawaf dan beberapa ibadah yang lain. Kita juga dianjurkan untuk sentiasa berwuduk (sunat).

Namun, tidak pernah disuruh untuk wudhukkan bayi. Jika mahu menjaga bayi tersebut daripada gangguan dan sebagainya, amalkan apa yang dianjurkan oleh Nabi, seperti bacaan ayat kursi, 3 kul dan sebagainya.

Wallahua’lam

Berlebihan Dalam Bersukan Hingga Merosakkan Keseimbangan Hak Diri Dan Keluarga

Berlebihan Dalam Bersukan Hingga Merosakkan Keseimbangan Hak Diri Dan Keluarga

Akhir-akhir ini sudah menjadi suatu kebiasaan apabila kita mendengar harga basikal melebihi harga sebuah motosikal. Begitu juga harga peralatan sukan yang lain seperti kasut bola mencecah ribuan ringgit.

Pada asalnya keinginan untuk bersukan itu adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan kesihatan diri sendiri. Tetapi akhirnya ia menjadi suatu beban apabila terlalu banyak masa dan kewangan telah diperuntukan untuk sukan tersebut. Perkara ini juga telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pasangan dan juga keluarga masing-masing apabila merasakan hak mereka telah dirampas oleh sukan yang melampau ini.

Ukur baju di badan sendiri.

Kadang-kadang kita terbawa-bawa untuk mengikut semua perkara yang orang lain lakukan. Ukurlah baju di badan sendiri, lihatlah bagaimana kedudukan diri sendiri dan bersederhanalah dalam semua perkara. Kedudukan ini tidak hanya pada pangkat, kewangan semata-mata tetapi ia juga berkait rapat dengan masa yang kita ada. Letaklah masa kita pada tempat yang betul. Semua kita dibekalkan dengan 24jam sehari, terpulang bagaimana bijaknya kita mengaturkannya.

“Kita mungkin berkata senaman boleh melindungi seseorang, tetapi kita juga perlu sedar sekiranya terlebih senaman, ini akan membebankan sendi dan mungkin, terutamanya merosakkan tulang rawan,” ujar Dr Abdul Halim. Sumber

Jadikan bersenam itu adalah benar-benar bersenam. Tidak perlu kita berlebih-lebihan dalam bersenam, hinggakan ia membebankan diri sendiri dan mengambil hak-hak yang lain.

Baiki dan improve. WA.

Doa Qunut Imam, Makmum Ketika Solat Berjamaah

Doa Qunut Imam, Makmum Ketika Solat Berjamaah

Setiap Subuh, Doa Qunut akan dibaca, terutama pada mereka yang berpegang kepada sunatnya doa Qunut. Ada golongan yang berpegang kepada tidak sunat doa Qunut ini. Usah bertegang, kerana ia adalah masalah khilaf (perbezaan pandangan) dalam hal Fiqh yang dibenarkan.

Sekarang, bagi yang berpegang kepada sunatnya Doa Qunut dalam solat Subuh, hukum Doa Qunut ini adalah sunat Muakad. Ia adalah sunat yang amat dituntut, dan jika ditinggalkan, maka disunatkan untuk kita sujud Sahwi.

Apakah bacaan yang kerap atau menjadi amalan di tanah air kita ini? Mari kita lihat satu persatu:

اللهم اهدني في من هديت
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

وعافني فيمن عافيت
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

وتولني فيمن توليت
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

وبارك لي فيما أعطيت
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

وقني برحمتك شر قضيت
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

فإنك تقضي ولا يقضى عليك
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

وإنه لا يذل من واليت
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

ولا يعز من عاديت
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

تباركت ربنا وتعاليت
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

فلك الحمد على ماقضيت
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

وأستغفرك وأتوب إليك
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabatnya.

Bacaan Doa Qunut serta makna, bacaan seorang – singular

Dalam doa di atas ada 2 kategori: pertama ia adalah Doa (italic) dan kedua adalah puji-pujian/pernyataan (italic dan underline).

Dalam kategori pertama, imam akan membaca secara jahar (nyaring/kuat) dan makmum akan menyebut “Amin”. Dalam kategori kedua, imam akan membaca secara perlahan (sir), dan makmum akan ikut baca secara perlahan.

Sebagai imam, kita hendaklah tahu bahagian mana yang perlu dibaca secara Jahar dan bahagian mana perlu dibaca secara perlahan.

Begitu juga, kita sebagai makmum, bahagian mana perlu diaminkan doa Imam, dan bahagian mana perlu ikut dibaca secara perlahan.

Di bawah adalah doa Qunut untuk plural – ramai, dibaca ketika solat berjamaah:

اللهم اهدنا في من هديت
وعافنا فيمن عافيت
وتولنا فيمن توليت
وبارك لنا فيما أعطيت
وقنا برحمتك شر قضيت
فإنك تقضي ولا يقضى عليك
وإنه لا يذل من واليت
ولا يعز من عاديت
تباركت ربنا وتعاليت
فلك الحمد على ماقضيت
نستغفرك ونتوب إليك
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Doa Qunut – Berjamaah – Plural

Doa Qunut Berjamaah – Plural – berbaris

Sedikit tambahan, adapun terdapat imam yang membaca keseluruhan doa Qunut ini secara Jahar (nyaring/kuat), dan makmum hanya perlu mengaminkan sahaja doa yang dibacakan oleh Imam. Aminkan hanya pada bacaan doa sahaja.

Wallahua’lam, semoga bermanfaat.

Berita Ghaib, Hikmah dan Akibat, semuanya kekal rahsia

Berita Ghaib, Hikmah dan Akibat, semuanya kekal rahsia

Semua kita pernah mendengar akan perintah membaca surah al Mulk setiap malam, dan Alhamdulillah ada di antara kita mengamalkannya. Kenapa surah al Mulk? Kenapa tidak surah al Kafirun, atau surah ar Rahman?

Semua orang boleh memberikan pelbagai kiasan, dan pelbagai teori mengaitkan kenapa kita disarankan untuk membaca al Mulk. Namun, ingatlah bahawa kalau tidak kerana sabdaan Nabi agar membacanya setiap malam dan ganjarannya ialah sebagai peneman di kubur nanti, pasti tidak akan ada yang bersungguh-sungguh untuk mengamalkannya.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.”

(Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tirmizi, Riyadh as-Salihin oleh Imam Ahmad)

Ganjaran-ganjaran ini adalah termasuk berita ghaib yang Allah sampaikan kepada Nabi Muhammad saw, dan kemudiannya disampaikan pula kepada kita, mudah-mudahan tiadalah kita sombong daripada menyambut ‘hadiah’ yang Allah berikan ini.

Read More Read More

Horoskop, Motivasi, Metafizik Semakin Menarik Peminat Sedangkan Ia Adalah Berdosa

Horoskop, Motivasi, Metafizik Semakin Menarik Peminat Sedangkan Ia Adalah Berdosa

Semalam selepas menceritakan parangai salah seorang anak kepada rakan sekerja ketika minum petang, dia berkata bahawa terdapat satu pandangan daripada seorang penceramah terkenal berkenaan perangai anak.

Katanya, anak kedua ini samada ia paling berjaya atau paling tidak berjaya. Kalau saya sebut nama penceramah tersebut, kita semua pasti kenal, kerana wataknya seperti orang yang beragama.

Saya membantah, mana boleh kaitkan turutan anak dengan perangainya. Perangai anak ini dibentuk dengan suasana dan didikan, sebab itu ada didikan agama untuk kanak-kanak, contohnya Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan Anak-anak Dalam Islam) – Abdullah Nasih Ulwan.

Jika kita percaya dengan sikap anak dikaitkan dengan turutan anak, maka sama sahaja kita dengan orang kafir yang percaya bahawa nombor 4 memberi celaka, dan sebagainya.

Hari ini saya membuat sedikit carian berkenaan beberapa kajian lain yang dilakukan olehnya, terkejut saya kerana banyak kajian yang dikaitkan dengan waktu kelahiran seseorang. Berdasarkan tarikh kelahiran, hari dilahirkan, bulan dilahirkan, kita dapat tahu akan sikap seseorang.

Hal ini sudah hampir kepada ramalan, sedangkan ramalan ini dilarang keras dalam Islam. Islam tidak percaya kepada nasib ditentukan oleh nombor-nombor dan sebagainya.

مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad”

Riwayat Ahmad, no. 406

Read More Read More

Boikot atau tidak, ataupun utamakan produk Muslim

Boikot atau tidak, ataupun utamakan produk Muslim

Akhir-akhir ini heboh di media negara kita berkenaan kempen Boikot Barangan Bukan Muslim ataupun Utamakan Produk Muslim. Ada mereka yang bersungguh-sungguh melarang kempen ini hinggakan heboh juga di media, menyatakan bahawa kempen sebegini adalah suatu kesalahan atau tindakan yang tidak bijak.

Sebagai pembeli, sudah tentu mereka inginkan yang terbaik. Mereka memang mempunyai hak dalam memilih barang atau pekhidmatan yang mana, sesuai dengan selera dan keperluan mereka. Hal ini tidak dinafikan sama sekali.

Kita pernah lancarkan boikot

Jika kita imbau kembali, bagaimana kisah kekejaman Israel (tentera Zionis) terhadap penduduk Palestin telah mencetuskan kemarahan banyak pihak. Mereka yang cintakan keamanan berpandangan bahawa ini adalah jauh daripada neraca keadilan. Maka, mereka berpakat untuk memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan tentera Zionis ini. Paling tidak mereka dapat berusaha membantu penduduk Palestin agar kembali aman serta dipulangkan semula hak-hak yang telah dirampas.

Kempen ini boikot barangan tersebut bukan dibincang sejam dua, mereka telah berbincang untuk menyenaraikan barang-barang yang menyumbang kepada kekuatan Zionis Israel, dan ini memberi impak ke atas Zionis. Kita di Malaysia juga bersetuju untuk menyokong kempen ini. Memang benar, ada juga beberapa barangan yang tidak mampu diganti. Setidak-tidaknya, kita telah meminimumkan pembelian barangan yang menyokong Zionis.

Apa yang sepatutnya produk muslim miliki?

Cuba kita senaraikan beberapa perkara yang patut ada pada produk muslim.

Pertamanya adalah zakat perniagaan. Peniaga muslim wajib membayar zakat perniagaan, dan zakat ini jugalah mampu mengukuhkan ekonomi orang Islam.

Kemudian, perniagaan muslim wajib patuh syariah. Sudah pasti pembeli dan pelanggan amat gembira apabila barang atau perkhidmatan yang mereka langgan adalah patuh syariah, lebih berkat dan sejahtera.

Perniagaan Muslim juga sepatutnya ada sikap tolong-menolong sesama muslim. Contohnya, barangan yang dijual tidak boleh terlalu mahal (mengaut untung yang terlalu tinggi). Mereka juga perlu membuka peluang perniagaan kepada muslim yang lain, agar ekonomi dapat dikembangkan dan tidak dimonopoli hanya satu pihak.

Hasil kewangan yang dijana pula, hendaklah dibelanjakan ke tempat yang utama dan halal. Hargailah sokongan dan dokongan yang diberikan.

Boikot atau tidak?

Jadi, apa kesimpulannya? Haruskah kita memboikot barangan bukan muslim? Pertamanya, sila kaji, kenapa kempen sebegini telah wujud mutakhir ini di negara kita? Mesti ada pencetusnya. Namun, pada saya, kita tidak patut boikot barangan mereka. Kita sebagai pengguna tetap mencari yang mana terbaik, dan sebagai pengguna muslim, antara ciri-cirinya adalah seperti yang dibincangkan tadi.

Sebagaimana kita telah wujudkan kempen Utamakan Barangan Buatan Malaysia suatu masa dahulu, bagi saya tiada masalah untuk kita wujudkan kempen Utamakan Barangan Muslim. Walau bagaimanapun, ia tetap bergantung kepada harga dan kualiti. Pembeli menolong penjual, penjual menolong pembeli. Biarlah saling tolong menolong.

Hargailah keaman yang sedia ada, sama-sama kita bersatu. Utamakan yang utama. Adil dalam Islam adalah, meletakkan sesuatu itu sesuai pada tempatnya.

Wallahua’lam