Browsed by
Author: Hafiz

UTAMAKAN YANG UTAMA, KITA INI HAMBA ALLAH

UTAMAKAN YANG UTAMA, KITA INI HAMBA ALLAH

KIASAN

Tuah adalah seorang pengukir kayu yang berpengalaman. Hasilnya berita ini sampai kepada Sultan. Dalam masa yang sama Sultan sudah lama teringin untuk membuat satu bangku kayu yang penuh dengan ukiran Melayu. Maka Sultan telah menjemput Tuah pergi ke istana.

Baginda telah melayan Tuah dengan amat baik sekali. Baginda telah meminta Tuah membuat satu bangku kayu daripada kayu meranti untuk baginda letakkan di istana. Baginda akan mengupah Tuah dengan upah yang tinggi. Tuah merasa bangga dan setuju atas tawaran baginda.

Sebelum pulang daripada istana baginda mengingatkan sekali lagi bahawa baginda inginkan bangku kayu tersebut daripada kayu meranti.

Sampai di rumah, Tuah melihat banyak lagi kayu cengal yang ada dan memang cukup untuk dibuat bangku. Berdasarkan pengalaman Tuah yang berpuluh-puluh tahun dalam bidang pengukiran kayu serta pertukangan ini, Tuah amat faham bahawa kayu cengal jauh lebih baik daripada kayu meranti. Lalu Tuah telah memilih untuk membuat bangku tersebut daripada kayu cengal.

Selepas sebulan, Tuah telah pergi ke istana untuk mempersembahkan bangku kayu cengal serta ukiran yang cantik sekali. Sultan telah menjemput Tuah masuk ke istana. Namun jauh di wajah baginda, baginda kecewa dengan pemilihan kayu tersebut. Baginda masih ingat bahawa baginda telah mengingatkan beberapa kali untuk Tuah memilih kayu meranti.

Sebenarnya apa yang telah dilakukan oleh Tuah, seorang tukang ukir dan tukang kayu tersebut adalah salah. Walaupun pada hemah dia bahawa kayu cengal adalah jauh lebih baik, namun dia perlu ingat bahawa baginda Sultan adalah pelanggan dan juga baginda Sultan ini adalah raja. Dia berhak untuk memilih apa jua jenis kayu yang dia suka. Tuah sebagai seorang tukang kayu perlulah mengikut apa yang diminta oleh pelanggannya.

Begitulah contoh mudah apa yang berlaku sekarang ini. Banyak sekali golongan-golongan yang telah berbahas dalam menegakkan amalan-amalan yang tidak berlandaskan al-quran dan sunnah. Walaupun amalan-amalan tersebut bukanlah maksiat, namun kita kena ingat bahawa Allah yang menyuruh kita melakukan sekian dan sekian.

Maka keutamaannya adalah melakukan apa yang Allah suruh. Utamakan yang utama.

Read More Read More

Covid-19 Serta Komen Negatif Terhadap Ulama

Covid-19 Serta Komen Negatif Terhadap Ulama

Kalau diperhatikan dalam Facebook, terdapat banyak komen-komen negatif kepada ulama-ulama berkenaan ijtihad larangan ke masjid dan juga ijtihad untuk menjarakkan saf ketika solat berjemaah. Kadang-kadang kalau kita perhatikan juga, mereka yang banyak komen negatif sebegini bukanlah mereka yang selalu ke masjid jika diperhatikan pada sejarah profil yang lepas.

Pertamanya, kita perlu hormat kedudukan ulama yang jauh lebih tahu daripada kita. Mereka juga sangat menjaga agama jauh lebih baik berbanding kita. Maka sudah pasti, untuk mengeluarkan hukum-hukum yang berat sebegini, mereka akan lakukan yang terbaik, tidaklah sambil lewa. Kerana mereka tahu setiap hukum yang dikeluarkan itu pasti akan dipersoalkan di akhirat nanti.

Keduanya, ulama-ulama ini tidaklah mengeluarkan hukum berseorangan, sebaliknya mereka telah melakukan perbincangan di kalangan mereka, ahli agama, serta ahli yang arif dalam bidang kesihatan seperti doktor dan sebagainya. Setelah perbincangan dibuat maka daripada situlah mereka akan keluarkan hukum-hukum yang paling tepat sekali berdasarkan perbincangan pada sudut kesihatan dan juga sudut agama.

Yang ketiga, kalau kita perhatikan keputusan ulama di Malaysia berkenaan hal tersebut adalah selari dengan keputusan ulama-ulama di seluruh dunia. Hal ini boleh menjadi suatu bukti yang simple menunjukkan bahawa apa yang diputuskan oleh ulama di negara kita adalah benar.

Maka janganlah kita angkuh dah sombong untuk memberikan komen-komen yang tidak wajar terhadap ulama-ulama atas keputusan yang telah dikeluarkan.

Ingatlah apa yang kita perkatakan akan dipersoalkan oleh Allah kelak. Wallahua’lam.

Ambilkan Wuduk Untuk Bayi

Ambilkan Wuduk Untuk Bayi

Ada terbaca satu posting berkenaan dengan ambil wuduk untuk bayi bagi mengelakkan gangguan jin. Perkara ini ada satu benda yang mengarut, dan tidak berasas.

Hal berwuduk ini adalah melibatkan mereka yang sudah baligh atau pun mukallaf. Wajib berwuduk untuk solat, tawaf dan beberapa ibadah yang lain. Kita juga dianjurkan untuk sentiasa berwuduk (sunat).

Namun, tidak pernah disuruh untuk wudhukkan bayi. Jika mahu menjaga bayi tersebut daripada gangguan dan sebagainya, amalkan apa yang dianjurkan oleh Nabi, seperti bacaan ayat kursi, 3 kul dan sebagainya.

Wallahua’lam

Berlebihan Dalam Bersukan Hingga Merosakkan Keseimbangan Hak Diri Dan Keluarga

Berlebihan Dalam Bersukan Hingga Merosakkan Keseimbangan Hak Diri Dan Keluarga

Akhir-akhir ini sudah menjadi suatu kebiasaan apabila kita mendengar harga basikal melebihi harga sebuah motosikal. Begitu juga harga peralatan sukan yang lain seperti kasut bola mencecah ribuan ringgit.

Pada asalnya keinginan untuk bersukan itu adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan kesihatan diri sendiri. Tetapi akhirnya ia menjadi suatu beban apabila terlalu banyak masa dan kewangan telah diperuntukan untuk sukan tersebut. Perkara ini juga telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pasangan dan juga keluarga masing-masing apabila merasakan hak mereka telah dirampas oleh sukan yang melampau ini.

Ukur baju di badan sendiri.

Kadang-kadang kita terbawa-bawa untuk mengikut semua perkara yang orang lain lakukan. Ukurlah baju di badan sendiri, lihatlah bagaimana kedudukan diri sendiri dan bersederhanalah dalam semua perkara. Kedudukan ini tidak hanya pada pangkat, kewangan semata-mata tetapi ia juga berkait rapat dengan masa yang kita ada. Letaklah masa kita pada tempat yang betul. Semua kita dibekalkan dengan 24jam sehari, terpulang bagaimana bijaknya kita mengaturkannya.

“Kita mungkin berkata senaman boleh melindungi seseorang, tetapi kita juga perlu sedar sekiranya terlebih senaman, ini akan membebankan sendi dan mungkin, terutamanya merosakkan tulang rawan,” ujar Dr Abdul Halim. Sumber

Jadikan bersenam itu adalah benar-benar bersenam. Tidak perlu kita berlebih-lebihan dalam bersenam, hinggakan ia membebankan diri sendiri dan mengambil hak-hak yang lain.

Baiki dan improve. WA.

Doa Qunut Imam, Makmum Ketika Solat Berjamaah

Doa Qunut Imam, Makmum Ketika Solat Berjamaah

Setiap Subuh, Doa Qunut akan dibaca, terutama pada mereka yang berpegang kepada sunatnya doa Qunut. Ada golongan yang berpegang kepada tidak sunat doa Qunut ini. Usah bertegang, kerana ia adalah masalah khilaf (perbezaan pandangan) dalam hal Fiqh yang dibenarkan.

Sekarang, bagi yang berpegang kepada sunatnya Doa Qunut dalam solat Subuh, hukum Doa Qunut ini adalah sunat Muakad. Ia adalah sunat yang amat dituntut, dan jika ditinggalkan, maka disunatkan untuk kita sujud Sahwi.

Apakah bacaan yang kerap atau menjadi amalan di tanah air kita ini? Mari kita lihat satu persatu:

اللهم اهدني في من هديت
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

وعافني فيمن عافيت
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

وتولني فيمن توليت
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

وبارك لي فيما أعطيت
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

وقني برحمتك شر ما قضيت
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

فإنك تقضي ولا يقضى عليك
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

وإنه لا يذل من واليت
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

ولا يعز من عاديت
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

تباركت ربنا وتعاليت
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

فلك الحمد على ماقضيت
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

وأستغفرك وأتوب إليك
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabatnya.

Bacaan Doa Qunut serta makna, bacaan seorang – singular

Dalam doa di atas ada 2 kategori: pertama ia adalah Doa (italic) dan kedua adalah puji-pujian/pernyataan (italic dan underline).

Dalam kategori pertama, imam akan membaca secara jahar (nyaring/kuat) dan makmum akan menyebut “Amin”. Dalam kategori kedua, imam akan membaca secara perlahan (sir), dan makmum akan ikut baca secara perlahan.

Sebagai imam, kita hendaklah tahu bahagian mana yang perlu dibaca secara Jahar dan bahagian mana perlu dibaca secara perlahan.

Begitu juga, kita sebagai makmum, bahagian mana perlu diaminkan doa Imam, dan bahagian mana perlu ikut dibaca secara perlahan.

Di bawah adalah doa Qunut untuk plural – ramai, dibaca ketika solat berjamaah:

اللهم اهدنا في من هديت
وعافنا فيمن عافيت
وتولنا فيمن توليت
وبارك لنا فيما أعطيت
وقنا برحمتك شر ما قضيت
فإنك تقضي ولا يقضى عليك
وإنه لا يذل من واليت
ولا يعز من عاديت
تباركت ربنا وتعاليت
فلك الحمد على ماقضيت
نستغفرك ونتوب إليك
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Doa Qunut – Berjamaah – Plural

Doa Qunut Berjamaah – Plural – berbaris

Sedikit tambahan, adapun terdapat imam yang membaca keseluruhan doa Qunut ini secara Jahar (nyaring/kuat), dan makmum hanya perlu mengaminkan sahaja doa yang dibacakan oleh Imam. Aminkan hanya pada bacaan doa sahaja.

Wallahua’lam, semoga bermanfaat.

Berita Ghaib, Hikmah dan Akibat, semuanya kekal rahsia

Berita Ghaib, Hikmah dan Akibat, semuanya kekal rahsia

Semua kita pernah mendengar akan perintah membaca surah al Mulk setiap malam, dan Alhamdulillah ada di antara kita mengamalkannya. Kenapa surah al Mulk? Kenapa tidak surah al Kafirun, atau surah ar Rahman?

Semua orang boleh memberikan pelbagai kiasan, dan pelbagai teori mengaitkan kenapa kita disarankan untuk membaca al Mulk. Namun, ingatlah bahawa kalau tidak kerana sabdaan Nabi agar membacanya setiap malam dan ganjarannya ialah sebagai peneman di kubur nanti, pasti tidak akan ada yang bersungguh-sungguh untuk mengamalkannya.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.”

(Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tirmizi, Riyadh as-Salihin oleh Imam Ahmad)

Ganjaran-ganjaran ini adalah termasuk berita ghaib yang Allah sampaikan kepada Nabi Muhammad saw, dan kemudiannya disampaikan pula kepada kita, mudah-mudahan tiadalah kita sombong daripada menyambut ‘hadiah’ yang Allah berikan ini.

Read More Read More

SADDAM – PENGANCAM AMERIKA DAN SHIAH

SADDAM – PENGANCAM AMERIKA DAN SHIAH

Tiada mana² pemimpin negara Arab atau Islam yang pernah ancam keselamatan Israel seperti Saddam Hussain, bekas presiden Iraq..

Saya masih ingat lagi ketila saya menetap di Zarqa, Jordan pada bulan Januari 1991 apa bila Saddam mula melancarkan serangan dahsyat atas Israel.. umur saya ketika itu 13 tahun.. kami adik beradik biasa bangun tengah malam kerana terdengar bunyi serin yang kuat yang menandakan ada sesuatu yang telah lalu di udara Jordan… bila kami buka TV kami dapat tahu dari Berita bahawa Saddam telah lancarkan satu lagi roket Skod ke arah Israel…

39 Roket Skod yang Iraq telah lancar terhadap Israel yang menyebabkan orang Yahudi hidup dalam ketakutan yang amat sepanjang tempoh 18 Jan 1991 sehingga 25 Feb 1991..

Seramai 73 orang Yahudi terbunuh dan ratusan lagi cedera kerana serangan roket Iraq atas Israel.

(Pernah ke Iran lakukan serangan seperti ini terhadap Israel ?? )

Sebab tu Yahudi sangat benci pada Saddam dan mereka simpan dendam kesumat terhadap Iraq dan rakyatnya..

Israel terus buat rancangan dengan Amerika Syarikat supaya gulingkan Saddam dan hancurkan Iraq sehingga mereka berjaya ceroboh Iraq tahun 2003 dan tangkap Saddam..

Iran adalah negara yang paling banyak membantu Amerika Syarikat ketika serang Iraq dan bocorkan segala rahsia ketenteraan Iraq yang sangat Amerika perlukan.

Iran telah berikan kerjasama yang terbaik di segi logistik dan maklumat perisikan mengenai lokasi pengkalan tentera udara Saddam..

Setelah Amerika buat buru hara di Iraq dan seksakan rakyatnya, Amerika terus bagi laluan mudah kepada Syiah dari Iran supaya masuk baghdad… militan² Syiah yang ekstrem dan ganas masuk Iraq dan mula lakukan pembunuhan kejam terhadap ulamak Sunni sepertimana yang diceritakan oleh Ulamak Sunni terkenal Dr Abdul Qadir Assa’di yang terpaksa larikan diri ke Malaysia pada tahun 2003..

Syiah main peranan yang sangat kotor apabila mereka minta supaya melaksanakan hukuman gantung sampai mati atas Saddam pada 30 Dis 2006, bahkan Syiah sengaja bunuh Saddam pada hari pertama raya Haji !!mereka sengaja pilih tarikh tersebut supaya menghina perasaan umat Islam..
Ibarat mereka nak korbankan Saddam pada hari perayaan umat Islam… betapa sakitnya hati umat Islam ketika itu !!

Kita tak nafikan bahawa Saddam dulu memang seorang pemerintah kuku besi.. tapi dia sangat memajukan negara dia dan menjadikan Iraq benteng pertahanan bagi Umat Islam menghadapi ancaman puak² Syiah majusi Iran..

Saya kesal apabila ada juga orang ilmuan kita yang pernah hidup di Iraq dan tahu semua hakikat dan fakta ini tapi dia terus sembunyikan kebenaran mengenai dendam Syish terhadap umat Islam di Iraq semata mata nak back up pandangan orang tertentu…

Masyarakat Islam kita di Malaysia sangat dahagakan kebenaran mengenai isu Syiah ini… orang Islam kita sangat memerlukan fakta yang sohih tanpa cubaan putar belit…
Betapa sedih saya bila tengok ada orang yang tahu hakikat Syiah tapi sanggup terus celarukan fikiran orang ramai demi kepentingan politik yang sempit…

Moga Allah berikan kita petunjuk dan hidayah supaya kekal atas aqidah yang utuh dan jangan mudah perubah dengan fitnah akhir zaman ini.

Mohib Khouli.
Kemaman, Terengganu.
7 Jan 2020.

SIAPAKAH PEMERINTAH IRAQ SELEPAS SADDAM?

SIAPAKAH PEMERINTAH IRAQ SELEPAS SADDAM?

Sejarah Saddam Hussein dan pembongkaran rahsia dan perkara yang dirahsiakan disebalik Saddam Hussein dihukum gantung… Masih ingatkah apa yang berlaku di iraq? Iraq telah di ditawan oleh pihak Amerika Syarikat serta kuncu-kuncunya pada tahun 2003. Dan hasil dari kejadian tersebut telah membawa kepada hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein.

Tapi ramai yang tahu tentang sejarah hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Presiden Iraq tersebut.

Tapi tak ramai tahu kenapa beliau dihukum gantung..? Siapakah Nouri Al-Maliki, Presiden Iraq sekarang..? Dulu kita tak faham kenapa Saddam Hussain banyak bunuh rakyat Iraq..? Kenapa Saddam Hussain sembelih ribuan rakyatnya sendiri..?

Rupanya kerana mereka adalah syiah. Kita salah faham kepada Saddam kerana media putar belit dek telunjuk yahudi israel dan amerika. Masa tu kita hanya ada TV dan surat khabar sebagai agent berita. Zaman tu myspace/friendster yang poyo, Facebook tak popular lagi.

Saddam sudah tahu akan bahayanya syiah ini. Beliau sudah nampak ancamannya, maka beliau ambil tindakan menghapuskan etnik syiah yang makin ramai yg imigrasi dari Iran. Bertepatan dengan hadis nabi yang diriwayatkan dari Saidina Ali, nabi kata kalau jumpa golongan Rafidhah ini, maka perangi lah mereka. Jadi nabi pesan suruh perangi sebab nabi tahu mereka akan bawa kerosakan.Sejak dahulu lagi Saddam sudah tahu akan bahaya Syiah .

Di zamannya berbondong-bondong penganut Syiah dari Iran masuk ke negerinya . Jika hanya sekadar tinggal , mungkin Saddam tidak akan begitu peduli .

Namun para pengikut mazhab Syiah merosakkan semua tata cara kehidupan sedia ada di bumi Iraq terutama dengan konsep kahwin mut’ah – yang sememangnya tak ada bezanya dengan pelacuran. Akhirnya terbukti sekarang kebangsatan syiah di Syria, Lubnan dan Iraq.

Iraq diperangi kerana Saddam “diktator yg zalim”, siapa yang report begitu pada PBB? Iran. Siapa yg bagi lapangan terbang digunakan tentera amerika? Iran. Siapa yang bagi ruang lautnya dan pelabuhannya digunakan amerika? Iran. Sekarang anda baru tahu dan baru sedar, bukan?

Ketahuilah beberapa ulama ASWJ di tanah arab mengisytiharkan Saddam mati dalam husnul khatimah.

Siapa pula Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang?

Nouri Al-Maliki adalah seorang penganut Syiah yang telah berkuasa di Iraq sekarang. Kita ketahui bersama hubungan Ahmadinejad dengan Nouri Al Maliki adalah dekat sekali. Sebab Perdana Menteri Syiah di Iraq ini juga naik atas jasa Tehran. Maka itu, pada 18 Oktober 2010, Maliki terbang ke Tehran pada hari Isnin untuk meminta sokongan bagi masa jabatan barunya, kerana Iran telah mempunyai pengaruh yang signifikan di Baghdad sejak runtuhnya Saddam. Padahal jelas-jelas Nouri Al Maliki adalah kaki tangan Amerika di Iraq.

SUMBER : FB/Tentera Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam).

Sekarang Syria, Iran, Iraq telah dikuasai oleh seorang Pemerintah yang berfahaman Syiah. Kita juga baru tahu dan perasan akan perkara ini, kita memang di kaburi dengan media, memang la orang putih dan media asing tidak akan paham apa itu syiah dan sebab apa saddam bunuh mereka. Sama la seperti mana yang di lakukan oleh Adolf Hitler yang membunuh ramai orang yahudi dan mereka tidak akan faham.

Horoskop, Motivasi, Metafizik Semakin Menarik Peminat Sedangkan Ia Adalah Berdosa

Horoskop, Motivasi, Metafizik Semakin Menarik Peminat Sedangkan Ia Adalah Berdosa

Semalam selepas menceritakan parangai salah seorang anak kepada rakan sekerja ketika minum petang, dia berkata bahawa terdapat satu pandangan daripada seorang penceramah terkenal berkenaan perangai anak.

Katanya, anak kedua ini samada ia paling berjaya atau paling tidak berjaya. Kalau saya sebut nama penceramah tersebut, kita semua pasti kenal, kerana wataknya seperti orang yang beragama.

Saya membantah, mana boleh kaitkan turutan anak dengan perangainya. Perangai anak ini dibentuk dengan suasana dan didikan, sebab itu ada didikan agama untuk kanak-kanak, contohnya Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan Anak-anak Dalam Islam) – Abdullah Nasih Ulwan.

Jika kita percaya dengan sikap anak dikaitkan dengan turutan anak, maka sama sahaja kita dengan orang kafir yang percaya bahawa nombor 4 memberi celaka, dan sebagainya.

Hari ini saya membuat sedikit carian berkenaan beberapa kajian lain yang dilakukan olehnya, terkejut saya kerana banyak kajian yang dikaitkan dengan waktu kelahiran seseorang. Berdasarkan tarikh kelahiran, hari dilahirkan, bulan dilahirkan, kita dapat tahu akan sikap seseorang.

Hal ini sudah hampir kepada ramalan, sedangkan ramalan ini dilarang keras dalam Islam. Islam tidak percaya kepada nasib ditentukan oleh nombor-nombor dan sebagainya.

مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad”

Riwayat Ahmad, no. 406

Read More Read More

Penyakit Was-Was 2

Penyakit Was-Was 2

https://youtu.be/X7_6kOolEWs

Was-was dari segi bahasa ialah bisikan halus daripada angin dan lain-lain. Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah (43/147)

Firman Allah SWT:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ

Maksudnya: Dan sesungguhnya, Kami menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya.” (Surah Qaf: 16)

Dari segi istilah, para fuqaha’ membahagikan takrifan was-was kepada beberapa makna, antaranya:

  1. Was-was bermaksud percakapan di dalam diri sendiri seperti dibisikkan ke dalam diri insan perasaan berbolak-balik samada telah melakukan sesuatu atau belum melakukan sesuatu.
  2. Was-was bermaksud sesuatu yang dibisikkan oleh syaitan ke dalam diri manusia.
  3. Was-was ialah apa yang dibisikkan ke dalam diri manusia ketika melakukan sesuatu perkara kepada tahap yang terlalu berhati-hati sehinggakan apabila telah melakukan sesuatu, dia akan mengulangi perkara itu secara berlebihan dan keterlaluan.
  4. Was-was ialah penyakit pada akal manusia yang apabila dia bercakap maka percakapannya adalah sia-sia. Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah )43/147)

Permasalahan Was-Was Di Dalam Nas

Terdapat beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menyentuh berkenaan permasalahan was-was. Antaranya ialah:

Firman Allah SWT:

الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6)

Maksudnya: “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.  (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia” (Surah al-Nas: 5-6)

Sayyid Qutb berkata, “Kita tidak mengetahui bagaimana berlakunya bisikan syaitan, tetapi kita merasakan kesan-kesannya di dalam jiwa dan di dalam realiti hidup kita. Kita sedar bahawa pertarungan Adam dan Iblis adalah satu pertarungan yang amat lama.”

“Walaubagaimanapun, Allah tidak membiarkan manusia mengharungi pertarungan itu tanpa senjata, malah ia telah menjadikan keimanan sebagai perisai untuk mereka, zikir sebagai kelengkapan perang dan doa memohon perlindungan sebagai senjata. Andainya manusia itu lupakan perisai, kelengkapan dan alat senjatanya, maka dialah sahaja yang patut dipersalahkan.” Rujuk Tafsir Fi Zilalil Quran (17/604)

Menurut al-Maraghi, “Bisikan was-was itu dinyatakan berada di dalam dada manusia, kerana sudah lazim dalam bahasa orang Arab mengatakan bahawa gurisan jiwa itu ada di dalam hati, sedang hati itu berada di dalam dada.” Rujuk Tafsir al-Maraghi (15/7748)

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

الشَّيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ ، فَإِذَا ذَكَرَ اللهَ خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ

Maksudnya: “Syaitan itu duduk bercangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah, dia (syaitan) akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai, dia (syaitan) akan membisikkan kejahatan.”

Rujuk kitab Fath al-Bari oleh Imam Ibn al-Hajar al-Asqalani (8/614)

Syaitan akan membisikkan bisikan ke dalam hati-hati anak Adam ketika anak Adam berada dalam keadaan sedih dan gembira. Jika manusia itu berjaya untuk mengingati Tuhannya, maka syaitan itu akan menjauhinya. Rujuk Tafsir Ibn Kathir (4/750)

Firman Allah SWT:

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ

Maksudnya: “Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir). (Surah al-Baqarah: 268)

Daripada Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ لِلشَّيْطَانِ لَمَّةً بِابْنِ آدَمَ

Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan merasuk dan mengganggu manusia” Riwayat al-Tirmizi (3256)

Daripada Sofiyyah binti Huyay R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ

Maksudnya: “Sesungguhnya  syaitan itu bergerak di dalam diri anak-anak Adam melaui saluran darah.” Riwayat al-Bukhari (2039)

Bentuk dan Jenis Was-was

Ibnu al-Jauzi berkata syaitan menjalankan tipu daya pada manusia ketika solat antaranya dengan cara mengganggu seseorang ketika sedang berniat untuk solat. Sebahagian mereka melafazkan usolli.. kemudian lalu mengulanginya kerana menyangka niatnya adalah batal sedangkan niatnya tidak batal. Sebahagian yang lain mengangkat takbir kemudian membatalkan lalu mengulang-ulanginya semula maka apabila imam rukuk barulah orang yang was-was itu mengangkat takbir lalu rukuk bersama imam. Hal ini tidaklah melainkan kerana iblis mahu menghilangkan kelebihan (fadilat takbir bersama imam) bagi orang yang was-was itu. Rujuk Talbis Iblis (hal.169)

Menurut Imam al-Ghazzali di dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din, was-was terbahagi kepada beberapa bahagian:

Pertama: Bisikan kepada sesuatu kebenaran. Contohnya seseorang yang berkata; “Adakah patut aku meninggalkan kelazatan dunia? Kehidupan dunia sungguh panjang dan bersabar dalam meninggalkan kelazatan dunia sepanjang hidup adalah sangat pedih.” Namun, apabila mengingati agungnya kebesaran Tuhan dan nikmatnya syurga serta pedihnya azab neraka maka dia berkata kepada diri sendiri: “Menahan diri daripada kelazatan dunia amat pedih namun bersabar dengan seksa neraka adalah jauh lebih pedih. Tidak dapat tidak, aku harus memilih untuk bersabar dengan salah satu daripada keduanya. Dan apabila hamba itu terkenang kepada janji-janji Tuhannya, maka datanglah imannya dan larilah was-was syaitan tersebut.

Kedua: Bisikan yang mendorong syahwat untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT. Bisikan ini mampu dilawan dengan ilmu dan kefahaman bahawa sesungguhnya perbuatan tersebut adalah maksiat kepada Allah SWT.

Ketiga: Bisikan kepada sesuatu perkara yang berlegar-legar di dalam kepala. Bisikan itu pada perkara yang selain daripada solat. Jika seseorang manusia itu mengingati Allah, maka mampulah dia melawannya. Namun, bisikan itu akan datang semula dan hanya dengan mengingati Allah sahaja dapat mengatasi bisikan tersebut. Rujuk Ihya’ Ulum al-Din (8/1416-1418)

Cara Menyelesaikan Was-was

1. Berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT.

Setiap hamba amat dituntut untuk berlindung dan meminta pertolongan daripada Allah Yang Esa. Ini kerana Allah SWT amat suka kepada hambaNya yang sentiasa meminta pertolongan daripadaNya. Ini jelas berdasarkan kepada ayat Quran, firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepada Aku supaya mereka mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah: 186)

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

يَأْتِى الشَّيْطَانُ أَحَدَكُمْ فَيَقُولُ مَنْ خَلَقَ كَذَا وَكَذَا حَتَّى يَقُولَ لَهُ مَنْ خَلَقَ رَبَّكَ فَإِذَا بَلَغَ ذَلِكَ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ وَلْيَنْتَهِ

Maksudnya: Syaitan mendatangi salah seorang dari kalian lalu bertanya: “Siapakah yang menciptakan ini? Siapakah yang menciptakan itu?” Sehingga dia bertanya: “Siapakah yang menciptakan Rabb-mu. Oleh kerana itu, jika telah sampai kepada hal yang tersebut maka hendaklah dia berlindung kepada Allah SWT dan hendaklah dia menghentikan (was-was tersebut). Riwayat Muslim (362)

2. Sentiasa mendampingi para ulama’ dan orang-orang yang soleh.

Penekanan kepada pemilihan rakan taulan yang baik adalah penting dalam aspek kehidupan seseorang kerana ianya dapat mempengaruhi akhlak dan adab seseorang itu dalam bermuamalah. Justeru, teman yang baik dan soleh akan sentiasa mendorong seseorang itu untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT maka sebaliknya teman yang buruk akhlaknya akan membawa kepada melakukan kemaksiatan dan prasangka yang buruk kepada Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

 الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ

Maksudnya: “Seseorang menurut agama teman karibnya. Maka hendaklah kalian melihat siapakah yang menjadi teman karibnya”. Riwayat Abu Daud (4835) dan Tirmizi (2552)

3. Sentiasa melazimi dan mendalami ilmu agama

Dalam isu ini, penekanan kepada pemilihan guru yang mursyid harus dititikberatkan bagi mencapai kefahaman maksud ilmu yang sebenar. Kesilapan memilih guru yang sebenar sejak mula akan memberi kesan yang buruk terhadap keperibadian seorang penuntut ilmu.

Selain itu, penekanan kepada ilmu syari’at juga penting kerana ianya adalah tunjang dan merupakan satu ilmu teras yang wajib dikuasai oleh setiap orang islam. Justeru, ilmu-ilmu yang lain yang dianggap sebagai fardu kifayah perlu dituntut namun penekanan yang lebih harus diberikan kepada ilmu syari’at.

4. Sentiasa melazimi zikir kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan.

Berzikir amat penting dalam kehidupan seseorang muslim kerana amalan tersebut dapat melawan segala bisikan syaitan yang datang dalam diri mereka. Dengan melazimi zikir, ianya dapat menjadi benteng dan melindungi kita di dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT.

Ini jelas berdasarkan firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُمْ مُبْصِرُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya”. (Surah al-A’raf: 201)

5. Sentiasa optimis dalam setiap amalan harian kita

Umat Islam diseru untuk fokus dalam setiap aktiviti yang dilakukan sehari-harian. Ini kerana fokus dan tumpuan yang jitu dapat mengelakkan fikiran kita daripada bercelaru seterusnya membawa kepada was-was.

Daripada Hasan bin Ali R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ

Maksudnya: “Tinggallah apa yang menjadi keraguan kepadamu kepada yang tidak meragukan. Maka sesungguhnya kebenaran itu adalah satu ketenangan dan sesungguhnya dusta itu adalah satu keraguan”. Riwayat al-Tirmizi (2708)

Ibn Daqiq al-’Id berkata maksud yang meragukan kamu ialah: “Tinggalkan sesuatu yang menjadikan kamu ragu-ragu dan gantikanlah kepada perkara yang tidak meragukan”.

Was-Was Di Dalam Solat

Menurut Imam Nawawi, antara kelebihan yang akan diperolehi oleh sesiapa yang berwudhu’ dengan sempurna lalu sembahyang dua rakaat maka dia akan dijauhi daripada bisikan syaitan dan was-was. Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah (43/149)

Ini sesuai dengan hadith yang menjelaskan cara-cara untuk menghindari was-was. Hal ini dapat dilihat berdasarkan sabda Nabi SAW;

Daripada Khalid al-Juhani R.A, Nabi SAW bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ وُضُوءَهُ ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يَسْهُو فِيهِمَا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Sesiapa yang berwudhu’ dan menyempurnakan wudhu’nya, kemudian dia bersolat dua raka’at dan tidak lalai ketika mengerjakannya (wudhu’ dan solat), maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu” Riwayat Abu Daud (905)

Dalam hadis riwayat Uthman bin Affan R.A., Nabi SAW bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berwudhu’ seperti wudhu`ku ini kemudian bersolat dua rakaat, dalam keadaan dia tidak sibuk berbicara dengan dirinya (berkhayal, monolog, dll) dalam kedua-dua rakaat itu, maka akan diampunkan apa yang terdahulu daripada dosanya.” Riwayat Bukhari (159)

Imam Ibn Hajar al-Asqalani menjelaskan: “لايحدث فِيهِمَا نَفْسَهُ” bererti apa yang jiwanya bercakap-cakap dengannya dan ini mampu dipotong oleh seseorang itu. Ini kerana perkataan yuhaddith itu menunjukkan usaha yang berasal daripada seseorang itu. Justeru, adapun lintasan hati dan was-was yang tidak mampu ditolak, maka itu dimaafkan.” Rujuk Fath al-Bari (1/260)

Kesimpulan

Dalam isu ini, kami berpandangan bahawa penyakit was-was adalah satu perkara yang mampu diubati kepada sesiapa yang menghadapinya. Sifat prihatin dan mengambil cakna kepada cara-cara untuk mengatasi dan melawan penyakit was-was ini perlu ditekankan dari pelbagai aspek agar kita dilindungi daripada tipu daya syaitan.

Seterusnya marilah sama-sama kita berdoa memohon perlindungan daripada Allah SWT daripada godaan syaitan yang tercela kerana hanya Allah lah tempat kita memohon perlindungan dan penyembuhan daripada sebarang penyakit. Justeru, benarlah firman Allah SWT:

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

Maksudnya: “Dan apabila aku sakit maka Dialah (Allah) yang menyembuhkan” (Surah al-Syu’ara’: 80)

Sesungguhnya, penyakit dan penyembuhan itu adalah daripada Allah SWT semuanya. Kedua-duanya itu terjadi disebabkan qadha’ dan qadar Allah kepada hamba-hambaNya. Penyakit di sini menunjukkan kepada penyakit zahir (tubuh badan) dan penyakit batin (dalaman). Rujuk Tafsir al-Munir (19/168)

Akhir kalam, marilah kita sama-sama berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah SWT agar dipermudahkan dalam mengerjakan setiap ketaatan kepadaNya. Kami juga berharap agar coretan ringkas kami ini dapat membantu golongan yang mempunyai prasangka was-was dalam menjalani kehidupan dengan lebih baik

Sumber: Bayan Linnas siri ke 103: Was-was: Cara Penyelesaiannya