Ziarah Kubur di Hari Raya – Perbincangan Hukum

Ziarah Kubur di Hari Raya – Perbincangan Hukum

Heboh beberapa hari yang lepas berkenaan hukum ziarah kubur pada hari raya Aidilfitri. Hal ini demikian kerana, hari raya merupakan suatu hari kegembiraan dan kemenangan ummat Islam dalam menjalani program ibadah sebulan di bulan Ramadhan.

Pandangan Dr Zulkifli al Bakri:

Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr Zulkifli al Bakri telahpun memberikan beberapa pandangan berkenaan hal ini.

Pertama: Hukumnya adalah makruh dan tidak dibenarkan dan tidak digalakkan bahkan ia dianggap bidaah. Ini kerana tiada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW menziarahi kubur pada hari raya. Bahkan Baginda SAW melayani tetamu dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain bagi menzahirkan kegembiraan.

Kedua: Hukumnya adalah harus. Ini kerana tidak ada perintah dan larangan secara khusus di samping mengambil pendapat umum berkenaan dengan perintah ziarah kubur. Justeru hukumnya adalah dibolehkan. Antara ulama yang berpendapat hukumnya sunat adalah dalam Fatawa al-Hindiyyah yang menyebut: Sebaik hari ziarah kubur antaranya hari raya. Lihat al-Fatawa al-Hindiyyah (6/350) Ini merupakan fatwa dalam mazhab Hanafi

Begitu juga pendapat mantan mufti Jordan, Dr. Nuh Ali Salman al-Qudhah.

Imam al-Harawi dalam syarah sahih muslim berkata: “Tidak ada hadis sahih yang menerangkan ketentuan hari untuk melakukan ziarah kubur dan tidak pula ada had berapa kali ziarah.”

Sebagai rumusan, Dr Zulkifli telah menjelaskan seperti berikut:

Selepas meneliti pelbagai dalil, saya lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya menziarahi kubur pada hari raya, bulan Ramadan atau lain-lain. Ini kerana:

  • Suruhan menziarahi kubur bersifat umum
  • Menziarahi kubur dilakukan oleh ramai salafus soleh
  • Tidak ada nas secara khusus melarang ziarah kubur pada hari raya.

     

Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat daripada Allah SWT untuk mereka dengan berdoa, ini semua tidak mengapa dilakukan oleh orang lelaki. Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid pertama, ms:588 dari kitab fatwa ini (pendapat yang dipilih oleh sheikh adalah makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan maka hukumnya adalah haram –ringkasan daripada fatwa tersebut).

Adapun jika menziarahi kubur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, ia ditegah. Ini kerana takziah selepas daripada mayat dikebumikan lebih daripada tiga hari adalah dilarang, sama ada larangan dalam bentuk haram atau makruh. Juga kerana hari tersebut adalah hari raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidak ditimbulkan perasaan sedih padanya. Lihat Ahsan al-Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, (6/646).

 

Kita akan dapati, tiada percanggahan maklumat serta hukum yang dibincangkan oleh Dr Rozaimi terhadap isu ini dan tidak perlu orang awam bertikam lidah dengan memburuk-burukkan kedua-dua tokoh ini. Mereka telah menyebutkan dalil-dalil serta pandangan ulama-ulama terdahulu dan insya Allah menjelaskan tentang pandangan-pandangan dengan lebih jelas lagi.

Berikut adalah pandangan dan huraian Dr Rozaimi Ramlee berkaitan dengan hal ini:

 

Apa reaksi kita sebagai orang awam?

  1. Jika diperhatikan dalam komen di facebook Mufti Wilayah, terdapat beberapa komen yang negatif dan tidak berakhlak dengan mengatakan Dr Rozaimi sebagai mengaku pakar hadith dan memandai-mandai dalam mengeluarkan hukum. Mereka menuduh bahawa Dr. Rozaimi terlalu cepat membid’ahkan sesuatu amalan.
  2. Kita perlu ingat, setiap yang kita tulis akan dipersoalkan di akhirat nanti. Apa yang kita faham daripada Dr Rozaimi, beliau mengutarakan pandangan ulama-ulama terdahulu seperti yang dinyatakan dalam post Dr Zulkifli al Bakri. Maka, dengan kita mengatakan Dr Rozaimi itu suka membid’ahkan amalan orang lain, sama dengan mengatakan ulama-ulama lain juga suka membid’ahkan amalan.
  3. Apa yang dihuraikan oleh Dr Zulkifli al Bakri, beliau telah menjelaskan bahawa sememangnya terdapat khilafiah dalam hal ini. Maka kedua-dua pandangan boleh dipegang.
  4. Dengan mengatakan bahawa Dr Rozaimi sebagai suka membid’ahkan orang yang menziarahi kubur dihari raya adalah batil. Beliau meletakkan syarat seperti mana Dr Zulkifli menulis dalam post beliau: Adapun jika menziarahi kubur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, ia ditegah. Ini kerana takziah selepas daripada mayat dikebumikan lebih daripada tiga hari adalah dilarang, sama ada larangan dalam bentuk haram atau makruh. Juga kerana hari tersebut adalah hari raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidak ditimbulkan perasaan sedih padanya. Lihat Ahsan al-Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, (6/646).
  5. Hentikanlah tuduhan-tuduhan liar dengan mengatakan seseorang itu mengaku pakar hadith, pemecah belah masyarakat, Dr Zulkifli sebagai wahabi, dan lain-lainnya. Semua tulisan dan makian akan dipersoalkan di akhirat nanti. Jangan kita meniru adab orang taif, yang memaki hamun Rasulullah s.a.w hanyak kerana percayakan berita pihak ketiga (Quraisy) tanpa menyelidik terlebih dahulu kedua-dua tokoh ini, Dr Zulkifli al Bakri dan Dr Rozaimi.

Wallahua’lam.

Pandangan penuh Dr Zulkifli al Bakri

 

Leave a Reply