RO Water – Pandangan Peribadi

RO Water – Pandangan Peribadi

Apa itu RO Water?

RO Water atau air RO adalah singkatan kepada Reverse Osmosis. Air yang hendak ditapis akan dilalukan pada suatu membran yang hanya mampu melepaskan molekul air (atau yang lebih kecil) dan secara tidak langsung dapat menghalang molekul-molekul yang lebih besar, termasuk virus, daripada melalui membran tersebut. Ia menghasilkan air tulen.

Membran yang digunakan juga perlu kuat supaya mampu bertahan pada tekanan tinggi, bagi membolehkan proses Reverse Osmosis berlaku.

The membranes used for reverse osmosis have a dense layer in the polymer matrix—either the skin of an asymmetric membrane or an interfacially polymerized layer within a thin-film-composite membrane—where the separation occurs. In most cases, the membrane is designed to allow only water to pass through this dense layer while preventing the passage of solutes (such as salt ions). This process requires that a high pressure be exerted on the high concentration side of the membrane, usually 2–17 bar (30–250 psi) for fresh and brackish water, and 40–82 bar (600–1200 psi) for seawater, which has around 27 bar (390 psi)[7] natural osmotic pressure that must be overcome. This process is best known for its use in desalination(removing the salt and other minerals from sea water to produce fresh water), but since the early 1970s, it has also been used to purify fresh water for medical, industrial, and domestic applications. Text source and Picture

Untuk lebih memahami proses, anda boleh menonton video ini:

Adakah RO Water baik untuk kesihatan?

Sebelum kita menjawab soalan tersebut, kita harus faham bahawa air yang dibekalkan sekarang ini mengandungi mineral yang diperlukan badan. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan air terdedah kepada bakteria dan RO filter machine ini dapat menapis segala bakteria tersebut. Hasilnya, air paip akan ditapis menjadi air tulen.

Namun, seperti yang kita tahu, air RO tidak mengandungi mineral, kerana ia juga ditapis ketika proses penapisan RO. Maka, ia berlawanan dengan fitrah badan yang juga memerlukan mineral daripada air minuman, bukan sekadar menghilangkan dahaga semata-mata.

Berikut adalah kajian oleh World Health Organisation berkenaan air yang dinyah mineralkan (DEMINERALISED WATER). HEALTH RISKS FROM DRINKING DEMINERALISED WATER

Walau bagaimanapun, terdapat filter terkini yang claim (mengatakan) bahawa RO filter machine mereka dilengkapi dengan penambah mineral kepada RO water yang telah ditapis. Namun, sejauh mana mineral yang ditambah boleh menandingin mineral yang sepatutnya wujud dalam air semulajadi, ia boleh diperbahaskan lagi.

Persoalannya, machine RO water ini terlalu mahal jika dibandingkan dengan kos teknologi yang mereka gunakan. Tambahan pula, kadang-kala peniaga RO filter machine ini terlalu mengada-adakan cerita sehingga ke tahap menipu pelanggan, seperti yang dibincangkan oleh Root of Science FB di bawah:

Penjualan mesin air RO yang mempergunakan sains.

Mesti ramai daripada anda semua pernah berjumpa dengan penjual mesin air jenis Reverse Osmosis(RO). Dan mesti anda pernah juga melihat mereka melakukan demo dihadapan anda untuk menunjukkan beza diantara air biasa dan juga air RO drpd mesin mereka. Ada beberapa cara ataupun pertunjukkan yang mereka ingin tonjolkan kepada anda agar anda percaya bahawa air Reverse Osmosis benar-benar lebih bagus daripada air yang lain.

Sebelum itu ingin saya memberi tahu bahawa air reverse osmosis adalah air yang benar-benar tulen. Bermaksud tiadanya molekul ataupun ion lain yang terdapat di dalam air tersebut. Air ini terhasil drpd satu proses yang dinamakan sebagai reverse osmosis. Dimana air paip akan melalui satu lapisan membrane yang separa telap(semi permeable) yang hanya akan memberi laluan kepada molekul air sahaja. Ion ataupun molekul yang lebih besar drpd air akan tersekat pada membarne tersebut. Hasilnya adalah air yang benar2 tulen dan tidak akan ada sebarang molekul ataupun kompoun lain di dalam air tersebut.

Saya masih ingat lagi 2 kaedah yang mereka gunakan untuk mendapatkan keyakinan pelanggan. Kedua-dua kaedah ini menggunakan reaksi kimia agar perubahan dapat dihasilkan pada air

1) Menggunakan cecair Potassium Iodide

Penjual akan menunjukkan dua jenis air iaitu satu air paip dan satu lagi air RO. Selepas itu dia akan titiskan cecair jernih drpd satu botol kecil ke dalam kedua-dua bekas tersebut.

Bekas yang mempunyai air RO tidak berlaku sebarang perubahan apabila cecair drpd botol kecil itu dititiskan. Manakala bekas yang mempunyai air paip pula warnanya akan berubah kepada warna kuning keperangan.

Selepas itu, penjual itu akan menyatakan warna kuning keperangan inilah kekotoran yang berada di dalam air tersebut. Inilah yang akan mendatangkan penyakit ke atas badan.

Berlainan pula dengan air RO yang tiada sebarang perubahan langsung. Air ini sangat bersih dan bagus untuk kesihatan tambah penjual mesin RO

Penjelasan kami:Bila keadaan ini berlaku dihadapan mata saya, saya seolah-olah macam tak percaya. Tapi saya ingat balik ape yang cikgu-cikgu sekolah saya ajarkan. Segala ilmu kimia tidak boleh dibazirkan begitu sahaja. Jadual berkala unsur, kumpulan halogen yang berada di dalam jadual tersebut dan juga bab electronegativity semuanya menancap masuk ke dalam otak.

Maka teringat saya satu kompound yang boleh bertindak balas dengan chlorine di dalam air paip. Ianya dipanggil sebagai potassium iodide. Terus saya ambil botol kecil tersebut drpd penjual itu dan melihat pada kandungannya. Benar telahan saya, ianya potassium iodide.

Disebabkan chlorine merupakan unsur ynag terletak lebih atas dalam jadual berkala unsur, maka kekuatan electronegativity nya(kekuatan menarik elektron) lebih kuat berbanding unsur iodine(ataupun ion iodide dalam kes ini). Maka, ion iodide akan mendermakan elektronnya kepada atom chlorine menukarkan Ion iodide kepada unsur iodine yang berwarna kuning keperangan.

Disebabkan reaksi ini, iodine akan terhasil dan akan mewarnakan air paip itu kepada warna perang. Ujian ini hanya menunjukkan bahawa wujudnya chlorine dalam air paip itu. Bukan pula menunjukkan air paip itu kotor, tidak elok dan sebagainya. Chlorine yang digunakan dalam air paip juga telah diletakkan pada tahap paling minimum yang sesuai utk setiap manusia. Ia digunakan untuk membunuh majoriti bakteria dalam air paip yang selalu kita minum.

2) Menggunakan Proses elektrolisis

Penjual akan memasukkan 2 Rod besi ke dalam air paip dan juga 2 rod besi ke dalam air RO. Keempat-empat rod ini akan bersambungan dengan punca elektrik.

Ketika arus elektrik dibuka kelihatan tiada reaksi yang berlaku di dalam air RO. Manakala pada rod besi dalam air paip pula berlakunya tindak balas kimia yang dicetuskan oleh arus elektrik itu. Rod besi yang mewakili anode akan menghasilkan gas dan yang mewakili cathode pula seolah-olah mengeluarkan bendasing berwarna kuning keperangan.

Setelah dibiarkan beberapa minit, keseluruhan air paip itu akan bertukar menjadi warna perang pekat dan penjual mesin RO akan mengatakan inilah bukti bahawa air paip mempunyai banyak benda yang kotor di dalamnya. Malah mereka juga menggunakan air mineral dan mendapati keputusan yang sama. Iaitu air akan menjadi kotor.

Penjelasan kami: Tindak balas ini sebenarnya dinamakan sebagai elektrolisis. Ia boleh berlaku dalam air paip ataupun air mineral disebabkan kehadiran garam mineral(ion) yang boleh mengalirkan arus elektrik dengan baik. Berbanding dengan air RO, ia tidak boleh mengalirkan arus elektrik kerana ketiadaan garam mineral ini. Ini menyebabkan tiada tindak balas kimia yang berlaku dalam air RO

Ketika mana arus elektrik dialirkan dalam air paip, maka besi pada rod cathode akan dioksidakan menjadi Ferum 3+ yang berwana coklat keperangan. Oleh sebab itu, ianya akan menukarkan air paip itu menjadi warna perang apabila dibiarkan lama.

Proses ini bukanlah menunjukkan air paip ataupun air mineral itu kotor. Ia hanya menunjukkan kehadiran mineral dalam air tersebut yang membenarkan arus elektrik berjalan dan tindak balas kimia boleh berlaku. Ia langsung tidak menunjukkan air tersebut kotor.

Kesimpulan kami, cara2 demo seperti ini hanya memberi salah faham terhadap tindak balas kimia yang berlaku. Apa2 yang dikatakan oleh penjual air RO tersebut langsung tiada kaitan dgn reaksi kimia itu. Mereka hanya menggunakan sains untuk menarik pelanggan untuk membeli mesin mereka.

Diharap semua tidak tertipu lagi dengan demo-demo seperti ini. Sumber

Sekarang, cuba kita fikirkan pula berkenaan harga RO filter machine berbanding dengan kos teknologi yang mereka tawarkan. Tambahan pula, kebanyakan kawasan di Malaysia (mana yang terlibat) telah mempunyai air terawat yang baik. Malah ia telah selamat diminum seisi keluarga. Adakah berbaloi kita menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk teknologi ini. Atau mungkin, jika perlu mereka kurangkan harga kepada suatu harga yang lebih munasabah?

Melainkan sekiranya air yang sedia ada memang tidak selamat untuk diminum, walaupun diproses secara tradisional seperti merebus air sehingga mendidih, maka pada ketika itu mungkin kita boleh pertimbangkan untuk memiliki water filter yang berkesan. Lebih elok lagi sekiranya kerajaan pada ketika itu mengambil langkah sewajarnya bagi membekalkan air yang baik kepada rakyat, sekaligus dapat menghalang apa-apa musibah merebak pada kemudian hari.

Sekadar berbincang, wallahua’lam

Leave a Reply