Pandangan Dr Said Ramadan Al Buti Terhadap Tasawuf serta Kepentingan Quran dan Sunnah

Pandangan Dr Said Ramadan Al Buti Terhadap Tasawuf serta Kepentingan Quran dan Sunnah

Dr Said Ramadan al Buti merupakan seorang alim di Syria, syahid akibat dibom setelah berpaling daripada pemerintah zalim, Basyar. Beliau telah ditanya berkenaan pandangan terhadap golongan tasawuf atau sufi.

Antara perkara-perkara yang beliau sebutkan dalam video adalah:

  1. Dalam beliau mengkaji tokoh-tokoh seperti Syeikh Qadir al Jailani, Syeikh Raslan al Dimasyki, Syeikh Ahmad Ar Rifai, mereka ini mempunyai kualiti peribadi seperti seorang Nabi, kualiti Nubuwwah, tinggalnya mereka menerima wahyu dari langit. Kualiti Nubuwwah daripada sudut akhlak mereka, tarbiyyah bathin mereka selari dengan sifat-sifat Rasulullah s.a.w.
  2. Asas mereka ini adalah 2 sayap utama, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi s.a.w. Tiada selain daripada itu. Beliau pernah menasihati anaknya, Musa ketika hampir ajal, agar anaknya berpegang teguh kepada Kitab Allah dan Sunnah Nabi s.a.w serta manjauhkan diri daripada melakukan bid’ah.
  3. Pada pandangan beliau berkenaan tarikat tasawwuf pada zaman ini, “tunjukkan kepadanya sekiranya ada seorang guru tasawuf yang cukup penguasaan dan keluasan ilmu yang cukup berkaitan syariat Islam juga zuhud dalam hidupnya di dunia dan segala isinya, dan istiqamah dalam mensucikan hati dan nafsu… jika ada, esok saya akan jadi anak muridnya”. Tapi belum pernah seorang pun beliau menjumpai mereka yang sedemikian.

*anda boleh dengar dengan teliti video tersebut, dan terima dengan hati yang lapang.

Pengajaran yang boleh kita ambil:

  • Memang benar kita tahu bahawa beliau, Dr Said Ramadan al Buti telahpun akhiri hidupnya dengan cara yang baik dan beliau menjadi sumber rujukan ramai Asatizah, maka tinggalnya bukan sekadar menghafal tarikh lahir dan biodata serta menangisi jasad beliau sahaja. Tetapi, kutiplah ilmu serta cara hidup yang beliau wariskan kepada kita.
  • Begitu tegas beliau terhadap kepentingan berpegang kepada Kitab Allah serta Sunnah Nabi s.a.w dan menjauhkan segala bentuk bid’ah. Maka kita perlu ambil pengajaran untuk sama-sama mengikut jejak langkah ini dengan bimbingan guru yang turut kuat berpegang kepada nas dan dalil ini.
  • Hati-hati terhadap kelompok yang mengaku zuhud, tarekat, tasawuf, sufi dan sebagainya, kerana maqam zuhud dalam erti kata sebenar seperti yang disebutkan oleh Dr Said Ramadan amat sukar untuk kita temui.

“tunjukkan kepadanya sekiranya ada seorang guru tasawuf yang cukup penguasaan dan keluasan ilmu yang cukup berkaitan syariat Islam juga zuhud dalam hidupnya di dunia dan segala isinya, dan istiqamah dalam mensucikan hati dan nafsu… jika ada, esok saya akan jadi anak muridnya”. – Dr Said Ramadan al Buti

Wallahua’lam

  • Sekiranya ada perkara yang ingin dibincangkan, boleh komen di bawah.
  • Sekiranya tulisan ini bermanfaat, boleh dikongsikan (sediakan link asal untuk tujuan rujukan), insya Allah, Allah tidak mensia-siakan dakwah anda.

Leave a Reply