Isu LGBT dan Bazar – Rozaimi dan Dusuki

Isu LGBT dan Bazar – Rozaimi dan Dusuki

Ketika bulan Ramadhan yang lepas, kita dihebohkan oleh satu text yang telah disampaikan oleh Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkenaan larangan membeli daripada penjual yang tidak tutup aurat.

“Kalau nak beli di bazar jangan tengok apa yang dia jual. Tapi tengok siapa yang menjual, jangan beli dari tangan-tangan yang tak takut pada Allah, jangan beli dari tangan-tangan yang tidak menutup aurat, jangan beli dari tangan-tangan yang tidak solat. 12 jam kita berlapar, akhirnya kita berbuka dari makanan orang yang tidak taat pada Allah”

Sekali imbas, tiada masalah yang besar pada statement ini. Walau bagaimanapun, ia telah mendapat response daripada Dr Rozaimi Ramli.

Apa yang boleh dirumuskan daripada pandangan Dr Rozaimi:

  1. Jangan lihat orang lain lebih rendah daripada kita. Kerana kita tidak kenal seeloknya siapa mereka. Bagi saya, ini yang diajarkan kepada kita dalam bab tasawuf. Tiada salah apa yang beliau nukilkan.
  2. Nabi pernah makan daging yang diberikan oleh Yahudi di Khaibar, siapa yang lebih wara’ berbanding dengan Nabi. Hal ini menunjukkan bagaimana sikap besar hati Nabi dalam berdakwah dan mendekati golongan yang ingin didakwah, bukan menjauhi mereka.
  3. Cuba lihat golongan orang yang dilahirkan di kalangan orang yang tidak menutup aurat. Bagaimana hubungan mereka dengan ibu mereka, dan sebagainya.
  4. Sepatutnya kita lebih mendekati golongan tersebut sambil berdakwah secara hikmah, bukan menjauhi mereka. Lihat insan Marhain sebagai medan dakwah kita.

Jemput tonton video ini dengan hati terbuka:

Di bawah adalah response oleh Dr Maza apabila ditanya secara umum berkenaan kaitan tukang masak dengan apa yang dimasak.

Rumusan video:

  1. Makan bukan berdasarkan tukang masak, tetapi ia berdasarkan bahan.
  2. Kalau pergi makan rumah orang soleh, bagus lah, tetapi kadang-kadang orang kita berlebihan dalam menilai. Contohnya, tidak pergi makan rumah orang yang tak tutup aurat dan sebagainya

Jemput tonton di atas dengan adil dan hati terbuka.

 

Ini adalah pandangan dan response oleh Ustaz Dusuki terhadap ulasan Dr Rozaimi

Antara rumusan video adalah:

  1. Menuduh Dr Rozaimi sebagai pakar hadith. Saya belum pernah dengar daripada mulut Dr Rozaimi mengaku dia sebagai pakar hadith.
  2. Orang seperti Dr Rozaimi, sedikit lagi akan mempertahankan LGBT suatu hari nanti, kerana sikap sebegini. Saya amat tidak bersetuju dengan tuduhan yang berat sebegini. Tuduhan sebagai mempertahankan LGBT ini merupakan tuduhan berat, hatta orang awam pun faham malah tidak akan mempertahankan LGBT. Kita akan dipertanggungjawabkan nanti.
  3. Seolah-olah kenyataan Dr Rozaimi sebagai sokongan pelaku maksiat. Hal ini bagi saya, ia amat terpesong. Tontonlah video rakaman Dr Rozaimi terlebih dahulu sebelum membidas sedemikian.

Tuan-tuan dijemput untuk menonton video rakaman di bawah dengan adil dan terbuka:

Bagi menjawab tuduhan berat oleh Ustaz Dusuki, maka Dr Rozaimi telah response dalam satu video seperti di bawah:

Response tuduhan berat oleh Dusuki kepada Dr Rozaimi. Jemput untuk dengar dengan adil dan terbuka. Ramai yang menuduh Dr Rozaimi agak kasar dalam response kenyataan Ustaz Ahmad Dusuki.

Walau bagaimanapun, pada saya, tuduhan berat dengan LGBT adalah lebih kasar walaupun diucap dengan lemah lembut.

Pada saya, hak Dr Rozaimi pasti ada bagi membersihkan namanya apabila dikaitkan dengan LGBT. Tuduhan ini amat berat sekali.

Reaksi kita sebagai orang awam:

  1. Apa yang penting, kita tonton dahulu kesemua video rakaman di atas sebelum membuat rumusan. Nilaikan dengan sandaran agama, bukan hawa nafsu atau semagat kelompok.
  2. Jangan menghukum mereka secara berlebih-lebihan. Pada saya kesemua tokoh ini amat saya segani dan banyak ilmu yang diperolehi, samada ia Dr Rozaimi, Ustaz Dusuki atau Dr Maza.
  3. Memahami bahawa semua manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, dan sebaik-baik mereka yang berdosa hendaklah memohon ampun daripada Allah dan orang yang mereka lakukan kesalahan tersebut.
  4. Biarpun tokoh-tokoh tersebut kita segani, hendaklah juga kita sandarkan kepada agama, nas-nas dan dalil, agar kesucian agama terus terpelihara.

Wallahua’lam

Leave a Reply