Intitusi Mufti Tidak Dihormati – Apa Reaksi Kita?

Intitusi Mufti Tidak Dihormati – Apa Reaksi Kita?

BILA INSTITUSI MUFTI TIDAK LAGI DIHORMATI…

1. Baru-baru ini heboh dengan usaha sebahagian pihak yang ingin menjatuhkan kredibiliti SS Dato Dr. Dzulkifli al-Bakri yang disayangi ramai…
Pelbagai usaha dilakukan beberapa pihak yang tegar mengorek “kesilapan-kesilapan” SS Mufti demi meyakinkan bahawa beliau tidak layak mejawat jawatan tertinggi agama itu…
Akibatnya pelbagai kritikan, cemuhan, dan tohmahan yang dilemparkan oleh “طويلب طويلب صغار” (beginner student) terhadap “أكابرنا” (our big scholar)…

2. Sebenarnya kritikan-kritikan sebegini bukan baharu, dan telah lama berlarutan sebelum ini lagi oleh mana-mana mereka yang kurang berpuas hati terhadap sebahagian mufti yang dianggap tidak sehaluan dengan mereka…

Panggilan seperti “moptee”, “muftin” (pemfitnah), “mufti berdagu licin”, “mufti Wahabi” dan pelbagai gelaran lagi yang diberikan kepada beberapa mufti negara ini baik dari pihak sini atau sana…

3. Why does this happen?
Kerana kita tidak lagi belajar adab menghormati penjawat jawatan utama agama negara ini sekalipun kita berpandangan skeptikal terhadap sebahagian mereka…
Kerana kita menginginkan “kesempurnaan” pada penjawat jawatan utama agama negara itu…
Tidak kurang juga kerana kita bersikap ‘asabiyyah seperti golongan Ansar yang inginkan khalifah dari kalangan mereka sebagaimana yang dingini golongan Muhajirin…

4. Sekalipun jika para sahibus samahah ini melakukan kesilapan ilmiah yang subjektif, tidak wajar kita membidas keperibadian mereka di kenyataan/tulisan awam di luar batasan ilmiah, apatah lagi mencerca, mengutuk dan seumpamanya…
Kerana mereka ini adalah ULIL AMRI kita yang dituntut haknya ke atas kita oleh al-Quran & al-Sunnah! Bukankah kita yang menyeru ke arah seruan tersebut selama ini? Mengapa?
Kerana khuatir akan implikasi negatif dan fitnahnya…Kerana ia bukan hanya mengena pada batang tubuh seseorang mufti itu sahaja, bahkan melibatkan pelbagai sudut lagi yang terlindung dari sudut pandang ramai orang…
Jika politik siyasah pun tak mampu kita hadam, inikan politik agama pun boleh tahan…

5. Lalu apabila badan ini dijatuhkan kredibilitinya, dilumpuhkan fungsinya, boleh di”bantai” sesuka hati oleh manusia, semut mahupun lipas, maka tiadalah lagi erti para mufti yang dihormati…
Masing-masing akan menganggap “ustaz-ustaz”nya lebih hebat dari para mufti, sebagaimana hari ini ramai yang mudah-mudah merendahkan mereka yang berpendidikan tinggi yang dilihat tidak setara dengan “lebai-lebai” mereka yang gaya belajarnya entah ke mana…

6. Tahukah kita, betapa besar ancamannya jika institusi mufti ini dijatuhkan kredibilitinya?
Di sana golongan-golongan berfikiran liberal dan anti-Islam yang sentiasa menanti dan mencari ruang mencabul kehormatan serta melenyapkan institusi tinggi agama negeri/negara? Belum dilihat akan fatwa-fatwa yang dicabar mereka di mahkamah…Bahkan Ulil Amri ini dianggap kolot dan “lebai kampung”..!

7. Jika kita sendiri yang belajar sunnah, belajar agama ini tidak pandai menghormati para ulama (sekalipun andainya dia bukan ulama di mata kita) yang merupakan Ulil Amri kita, janganlah mengharap pada mereka yang jauh dari agama bak mengharap bulan jatuh ke riba??

8. ANDAI diusul/diluluskan sekatan terhadap SS Dato Mufti WP mahupun mufti-mufti lain di Malaysia ini amnya (walaupun telah berlaku), ia merupakan suatu AIB BESAR kepada dunia ilmiah dan agama kita di negara ini…
Seorang mufti dihalang dari menyampaikan ilmu dan ditangkap orang awam??
Namun inilah yang terhasil dari ketidak-matangan dalam sikap, pengajian dan perselisihan pandangan…Natijah dari kepupusan budaya bermuzakarah yang matang…

9. Belajarlah dari imam al-Tahawiy dalam beradab dengan para ulama, katanya dalam karya akidahnya yang masyhur: “Para ulama salaf terdahulu, dan selepas mereka dari kalangan tabi’in, orang-orang yang baik dan ahli athar, begitu jua ahli fiqh dan nazhar, mereka ini tidaklah disebut-sebut melainkan dengan sebutan yang indah. Barangsiapa yang menyebut mereka dengan (uslub) yang teruk, maka bukanlah di atas sebaik-baik petunjuk…”.

10. Lebih utama dari itu, pesan Nabi SAW:
ليس منّا من لم يُجلّ كبيرنا، ويرحم صغيرنا، ويعرف لعالمنا حقّه
“Bukanlah dari kalangan kami sesiapa yang tidak memuliakan yang besar dari kalangan kami, mahupun yang tidak mengasihi yang kecil dari kalangan kami, mahupun yang tidak mengetahui hak-hak orang-orang alim dari kalangan kami” [Riwayat Ahmad dan al-Tirmidziy]…
Moga Allah memelihara kita semua…
Dipetik daripada: Ustaz Kamilin Jamilin – Facebook

Photo Source

Leave a Reply