Fatihah Satu Nafas Lebih Mujarab

Fatihah Satu Nafas Lebih Mujarab

Teringat ketika bujang dahulu, aku mengenal seorang kawan yang mengaji di pondok. Aku kenal beliau merupakan seorang yang minat dengan agama. Dia banyak memberikan tunjuk ajar terutama bab bagaimana meninggalkan was-was.

Fatihah Satu Nafas

Suatu hari, beliau mengajarkan aku bagaimana untuk membaca Fatihah dengan hanya satu nafas. Dengan syarat, bacaan tersebut perlu betul berdasarkan hukum tajwid. Aku cuba caranya, Alhamdulillah, menjadi. Satu nafas untuk satu fatihah dengan tajwid yang betul.

Katanya, bacaan fatihah satu nafas ini mujarab untuk ditiupkan pada segelas air sebagai ubat.

Namun, masa berlalu, aku mengaji di Kuala Lumpur dan aku tanyakan pada guru fiqh. Ternyata ia adalah tidak benar. Benar, jika kita berikan ruang dada untuk mendengar hujah daripada mana-mana pihak, maka insya Allah, suatu hari nanti kita akan menjumpai yang benarnya.

Perlu kita ingat, yang menjamin fadhilat terhadap sesuatu amalan itu perlu disandarkan kepada Nabi kita s.a.w. Tidak boleh kita mengatakan dengan bacaan tertentu maka fadhilatnya begini dan begini. Sudah cukup apa yang telah disampaikan oleh Nabi kita s.a.w dengan pelbagai bacaan, doa-doa, fadhilat daripada surah-surah atau sebahagian ayat-ayat Quran untuk kita amalkan.

Hanya apa yang Nabi s.a.w katakan tentang sesuatu fadhilat itu, barulah kita yakini dan amalkan. Usah mengatakan sesuatu yang tiada sandarannya kepada Nabi s.a.w.

Mathurat

Sebagai contoh, Imam Hasan Al Banna telah mengumpul sebahagian ayat-ayat serta doa-doa yang mathur daripada hadith-hadith Nabi s.a.w. Setiap amalan dalam doa-doa didalamnya mengandungi fadhilat-fadhilat yang tertentu bersandarkan kepada hadith Nabi s.a.w.

Usah mereka-reka fadhilat terhadap sesuatu amal tertentu.

Wallahua’lam

Leave a Reply