Benarkah Solat Sunat Wudhu Adalah Rekaan Bilal R.A.

Benarkah Solat Sunat Wudhu Adalah Rekaan Bilal R.A.

Pasti kita biasa dengar daripada bibir penceramah, mengatakan bahawa Bilal r.a. pernah solat sunat Wudu’ tanpa nabi suruh, dan hasilnya, Allah pandang tinggi terhadap amalan tersebut. Hinggakan Nabi mendengar bunyi tapak kasut beliau di syurga. Dan ini juga menjadi satu peluang bagi menghalalkan mencipta amalan walaupun ia tidak dimulakan oleh Nabi s.a.w. Benarkah begitu? Ikuti pencerahannya di sini:

Benarkah solat sunat wudhu adalah rekaan Bilal r.a?

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ لِبِلاَلٍ عِنْدَ صَلاَةِ الْفَجْرِ ‏ “‏ يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الإِسْلاَمِ، فَإِنِّي سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَىَّ فِي الْجَنَّةِ ‏”‏‏.‏ قَالَ مَا عَمِلْتُ عَمَلاً أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طُهُورًا فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ إِلاَّ صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ‏.‏ قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ دَفَّ نَعْلَيْكَ يَعْنِي تَحْرِيكَ‏.‏

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Bilal ketika waktu solat Subuh: Wahai Bilal, ceritakan kepada aku tentang amalan yang paling engkau harapankan yang telah engkau lakukan apabila memeluk Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasut mu di hadapan ku di syurga. Beliau menjawab: Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwudhu pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wudhu itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tahajjud, no: 1149].

Terdapat persoalan yang ditanya di page ini, adakah solat sunat wudhu ini adalah rekaan Bilal?

Kita lihat hadis lain berkaitan solat sunat wudhu.

عَنْ حُمْرَانَ مَوْلَى عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ ، أَنَّهُ رَأَى عُثْمَانَ بْنَ عَفَّان دَعَا بِوَضُوءٍ ، فَأَفْرَغَ عَلَى يَدَيْهِ مِنْ إِنَائِهِ فَغَسَلَهُمَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَمِينَهُ فِي الْوَضُوءِ ، ثُمَّ تَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَاسْتَنْثَرَ ، ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا وَيَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ثَلَاثًا ، ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ ، ثُمَّ غَسَلَ كُلَّ رِجْلٍ ثَلَاثًا ، ثُمَّ قَالَ : رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ، وَقَالَ : ” مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ ، غَفَرَ اللَّهُ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Daripada Humran pelayan Uthman ibn Affan radiallahu ‘anhu bahawasanya dia melihat Uthman meminta sebekas air lalu dibasuhnya kedua-dua tangannya (sehingga pergelangan tangan) tiga kali, kemudian dimasukkannya tangan kanannya ke dalam bekas untuk berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung kemudian menghembuskan air dari hidung, kemudian membasuh mukanya tiga kali, dan kedua-dua tangannya hingga ke siku tiga kali, kemudian mengusap kepalanya, kemudian membasuh kedua-dua kakinya tiga kali hingga ke buku lali, kemudian beliau berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu’ seperti wudhu’ ku ini, kemudian baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berwudhu’ seperti wudhu’ ku ini, kemudian dia solat dua rakaat dan tidak bercakap-cakap dalam dirinya (maksudnya solat dengan khusyu) nescaya Allah ampuni segala dosanya yang telah lalu. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu, hadis no: 164].

Lihat perkataan:

مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ ، غَفَرَ اللَّهُ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Sesiapa yang berwudhu’ seperti wudhu’ ku ini, kemudian dia solat dua rakaat dan tidak bercakap-cakap dalam dirinya (maksudnya solat dengan khusyu) nescaya Allah ampuni segala dosanya yang telah lalu.

Al-Hafiz Ibnu Hajar menyatakan dalam Fathul Bari:

فيه استحباب صلاة ركعتين عقب الوضوء
Pada hadis ini terdapat dalil galakan mendirikan solat sunat 2 rakaat selepas selesai wudhu.

-ADMIN-

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

(credit: telegram.me/drrozaimi)

Nota: Maka jelas bagi kita, ungkapan pada hadith no:164 merupakan suatu bukti bahawa apa yang Bilal lakukan adalah bersumberkan amalan Nabi s.a.w.

Wallahua’lam.

Credit Gambar: http://arrohim.com/

Leave a Reply